• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mah Masih Presiden Gerakan Yang Sah

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Datuk Seri Mah Siew Keong hari ini menjelaskan beliau masih presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang sah sehingga pemilihan parti itu pada 17 November nanti.

Mah berkata memang beliau meletak jawatan pada Mei selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun Jawatankuasa Pusat (CC) parti tidak menerima peletakan jawatannya itu malah Timbalan Presiden parti Dr Cheah Soon Hai juga tidak mahu memangku jawatan presiden.

“Beliau (Dr Cheah) cakap kita bersama-sama, kita ‘caretaker’ (pentadbir sementara) sehingga pemilihan parti… saya ‘caretaker’, masih presiden hingga pemilihan parti akan datang pada 17 November,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Perwakilan Gerakan Kedah 2018 di sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan media yang melaporkan beliau membuat pengumuman secara rasmi peletakan jawatannya sebagai presiden Gerakan selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Sembilan di Seremban, 16 Sept lepas.

Mah berkata berlaku salah faham dan tafsiran berbeza dalam laporan media berkenaan dengan apa yang sebenar dimaksudkannya iaitu beliau tidak akan bertanding untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti akan datang.

Sementara itu, beliau berkata resolusi berkaitan menukar perlembagaan parti supaya semua anggota parti itu dari peringkat cawangan, bahagian, negeri dan kebangsaan boleh mengundi dalam pemilihan parti akan dibuat pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan, November nanti.

“Ini bagi memastikan peringkat akar umbi lebih dekat dengan kepimpinan,” katanya.

Dalam pada itu, Mah berkata Gerakan menyokong penuh keputusan Kabinet untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Beliau berkata langkah itu bertepatan pada masa ini kerana pengundi muda dilihat boleh mengubah landskap arena politik pada masa hadapan.

Pada persidangan itu Mah turut mengumumkan M. Marimuthu Selvan menang tanpa bertanding sebagai pengerusi Gerakan Kedah yang baharu bagi menggantikan Dr Cheah. – BERNAMA

Tags: GerakanMah Siew Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

GERAKAN Guna Logo PN

GERAKAN Guna Logo PN

25/10/2022
0

BAYAN LEPAS : GERAKAN akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd