• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokman Lancar Solidariti Baju Oren

oleh
28/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mengajak orang ramai memakai t-shirt oren bagi bantah penyiasatan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baju oren ala lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu juga sebagai tanda solidariti dalam menyokong mantan presiden UMNO tersebut.

Dalam satu entri yang dimuat naik di laman Instagram Lokman semalam, beliau berkempen dengan memuat naik baju tersebut bersama tulisan ‘Saya lebih rela menyarung baju ini dari meninggalkan perjuangan.’

Manakala ayat ‘Biar jasad terpenjara, namun jiwa tetap merdeka’ ditulis di bahagian belakang baju berkenaan.

Dalam entri sama, Lokman yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baharu berkata, sebagai solidariti kepada pejuang yang tidak lut dek ugutan penguasa yang zalim pihaknya akan bersolidariti bersama mereka dengan sama-sama memakai baju oren lambang keberanian baru pejuang yang setia kepada parti.

“Ayuh cetak dan pakai baju ini setiap kali hadir untuk bersolidariti. Semua pihak kami izinkan untuk mencetak fesyen terkini ini. Lawan tetap lawan!,” tulisnya.

Lokman turut meletakkan tanda pagar #SolidaritiBuatpejuangBerbajuOren dalam entri itu. – Sinar Harian

Tags: Lokman Noor Adam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendakwaan Mohon Hukuman Penjara Tambahan Ke Atas Lokman

Pendakwaan Mohon Hukuman Penjara Tambahan Ke Atas Lokman

29/09/2022
0

Pihak pendakwaan berhujah bahawa hukuman penjara sebulan terhadap Lokman Noor Adam kerana kesalahan menghina mahkamah perlu ditingkatkan demi menjaga maruah...

Lokman Noor Adam Dipenjara Sebulan

15/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd