• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebam Sebab Genetik, Bukan Ambil ‘Barang’

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MEMILIKI kantung mata (eye bag) yang lebam dan sembab menyebabkan pelakon Fathia Latiff sering menerima pertanyaan netizen mengenai punca matanya jadi begitu.

Menjawab persoalan itu, Fathia memberitahu lebam di bahagian bawah mata itu adalah kesan genetik dan bukanlah akibat pengambilan barang terlarang.

“Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni.

“Saya boleh saja buat sesuatu dengan eye bag ni, buat pembedahan atau cucuk sana-sini, tapi saya tak mahu.

“Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don’t do drug, man!,” tegasnya.

Fathia menjawab soalan seorang pengikut ketika bersiaran langsung di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, pelakon drama Ariana Rose ini berkata dia lebih selesa untuk tidak mengenakan sebarang solekan bagi menutup cela tersebut.

“Sampai bila nak cover muka dan badan tu. Saya ni lebih suka biarkan sahaja muka tanpa mekap, lebih-lebih lagi ketika berada di luar rumah.

“Kalau ada shooting atau menghadiri majlis, perlulah bermekap. Kalau hari-hari biasa, saya lebih selesa tanpa sebarang solekan.

“Sebut fasal eye bag, bukan saya seorang sahaja yang ada, ramai lagi orang lain yang mengalami benda yang sama,” katanya.

Fathia jawab pertanyaan pengikut di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini berasa hairan mengapa netizen gemar bercakap mengenai dirinya meskipun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Dia turut berharap peminat tidak menganggap dirinya sama seperti dalam karakter lakonan yang ditonton di televisyen.

“Saya tak paham kenapa orang masih bercakap buruk tentang saya.

“Mereka tengok saya berlakon watak baik dan fikir saya sama seperti mereka tonton. Itu hanyalah karakter lakonan dan bukan diri saya yang sebenar,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Fathia Latiffpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd