• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lantik Pengerusi, Ahli Majlis MARA Berdasarkan Merit

oleh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelantikan pengerusi dan ahli Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang baharu dibuat berdasarkan merit dan profesionalisme individu terbabit dan bukan terdiri daripada kroni mana-mana pemimpin negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun berkata kesemua enam anggota majlis tersebut dan pengerusinya Dr Hasnita Hashim mempunyai kepakaran dan latar belakang yang diyakini mampu membawa Mara ke tahap yang lebih tinggi.

“Tiada, bukan lantikan Tun (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad). Biasalah kalau lantik orang politik, ada cakap ini lantikan politik, apabila lantik golongan profesional, ada juga cakap.

Saya raikan kepelbagaian pandangan tersebut tapi kita harap kita cuba sedaya upaya membuat perubahan untuk kebaikan Mara,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan media hari ini mengumumkan pelantikan Hasnita yang juga Pengerusi Maybank Asset Management Group sebagai Pengerusi Mara.

Kenyataan itu turut mengumumkan enam anggota Majlis Mara yang baharu iaitu Rektor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), Dr Nungsari Ahmad Radhi dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Dr Ameer Ali Mydin.

Ahli majlis Mara yang lain terdiri daripada Pengerusi Mayban Life Assurance Berhad, Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Berhad, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad (AMB), Zakri Khir.

Pelantikan berkenaan berkuat kuasa 1 Oktober ini.

Mengulas lanjut, Rina berkata Mara di bawah pimpinan baharu akan memberi tumpuan terhadap penambahbaikan dalam bidang pendidikan, pelaburan dan keusahawanan.

Beliau turut menegaskan Mara kekal di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan tidak akan diserap di bawah kementerian lain.

“Saya yakin dengan kemampuan ahli majlis yang baharu ini mampu melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan baik,” katanya yang tidak menolak kemungkinan akan ada rombakan untuk kebaikan institusi tersebut.

Sementara itu, Hasnita yang hadir pada sidang media sama berkata anggota majlis yang dilantik menerajui institusi itu akan memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka dengan sebaiknya.

“Mungkin akan ambil masa untuk menetapkan pelan perancangan untuk masa depan Mara terutama dalam membangunkan masyarakat luar bandar dalam tiga bidang utama iaitu pendidikan, keusahawanan dan pelaburan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MARARina Harun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd