• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ku Li Tegas Tetap Yakin Pada UMNO

oleh
19/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEKAL… Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan bahawa beliau masih ada keyakinan yang tinggi terhadap UMNO di sebalik tindakan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar daripada parti itu.

Menurut beliau, UMNO sebagai sebuah parti yang lama dan telah menempuh pelbagai liku sebenarnya berjaya mencorak sejarah panjang dalam rangka pembinaan negara, namun ketika ini sedang melalui fasa pemulihan.

Bagaimana pun, beliau yang merupakan Ahli Parlimen Gua Musang dan mesra dengan panggilan Ku Li tetap percaya dengan proses perubahan dalam parti adalah sesuatu sangat diperlukan untuk hidup sepanjang masa.

“UMNO perlulah belajar daripada kesilapan, kita ada kala tidak selalunya betul,” kata veteran UMNO itu dan dianggap sebagai ‘otai’ parti tersebut di Kelantan ketika dihubungi portal berita Astro AWANI pada Selasa.

Mengenai tindakan bekas menteri dan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang secara tiba-tiba mengisytiharkan keluar UMNO, Ku Li menyifatkan ia sebagai hak berparti selaras dengan prinsip demokrasi.

“Dalam demokrasi, itu adalah hak beliau sekiranya tidak lagi bersama dengan kepimpinan parti. Apa yang perlu dilakukan oleh kepimpinan parti ialah pastikan pemimpin sedia ada pula kekal bersama dalam perjuangan.

“Juga dengar suara rakyat dan berubahlah,” ujar Tengku Razaleigh yang pernah menjadi menteri dan menubuhkan parti serpihan Semangat 46 pada 1989 ekoran pengharaman UMNO oleh pihak mahkamah setahun sebelum itu.

Namun sejarah membuktikan bahawa beliau sebenarnya terpaksa berbuat demikian setelah permohonan untuk sertai UMNO ditolak presiden ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berdendam dengan musuh politiknya.

Ia susulan tindakan berani Tengku Razaleigh cabar pada pemilihan jawatan tertinggi parti, malah Mahathir hampir kalah disebabkan kemarahan ahli UMNO terhadap beliau dalam isu Memali dan kes Prebet Adam. – Mynewshub.TV

Tags: Ku LiTengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azlan Man Nafi Akan Keluar UMNO

Next Post

Elite, Amelina, Zamani antara 12 peserta Gegar Vaganza 5

Related Posts

Ku Li Kekal Terajui UMNO Bahagian Gua Musang

Ku Li Kekal Terajui UMNO Bahagian Gua Musang

18/03/2023
0

GUA MUSANG : Veteran politik Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li terus diberi kepercayaan untuk menerajui UMNO Bahagian Gua Musang...

PRU-15 Mungkin Penggal Terakhir Saya-Ku Li

PRU-15 Mungkin Penggal Terakhir Saya-Ku Li

04/11/2022
0

GUA MUSANG : Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li memberi bayangan Pilihan Raya Umum Ke-15...

Next Post

Elite, Amelina, Zamani antara 12 peserta Gegar Vaganza 5

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd