• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Selatan Pasukan Pertama Mara Ke Suku Akhir B-16 AFC

oleh
25/09/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Juara dua kali, Korea Selatan muncul pasukan pertama mengesahkan tiket ke suku akhir Kejuaraan Bawah 16 (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 setelah membelasah Afghanistan 7-0 pada aksi kedua Kumpulan D di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Kemenangan kedua berturut-turut itu menyaksikan skuad muda Pahlawan Taeguk mengutip enam mata, setelah menang selesa 3-0 ke atas Australia pada aksi pembukaan Kumpulan D, sebelum ini.

Pada aksi malam ini, Korea Selatan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Ahn Gin Hun pada minit ke-22 sebelum beliau meledak gol peribadi kedua pada minit ke-35, hasil kesilapan pertahanan Afghanistan.

Korea Selatan menambah gol ketiga pada penghujung babak pertama perlawanan selepas pemain Afghanistan, Esmatullah Kazimi menolak masuk bola ke dalam gawang sendiri ketika cuba mengeluarkan hantaran silang pemain Korea Selatan, Lee Tae Seok dan keputusan 3-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa perlawanan.

Sebaik perlawanan bersambung, Korea Selatan memperoleh gol keempat pada minit ke-46 menerusi tandukan Paik Sang Hoon hasil hantaran Lee Tae Seok sebelum pemain gantian, Jeong Sang Bin menambah derita pasukan Afghanistan menerusi gol kelima pada minit ke-58 setelah memanfaatkan hantaran silang Hong Yun Sang.

Sang Bin mencipta gol peribadi kedua, selang lima minit kemudian sebelum Yun Sang menjaringkan gol ketujuh Korea Selatan pada minit ke-66 dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu, Australia mengatasi juara bertahan, Iraq 2-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Arena Universiti Malaya, petang tadi.

Korea Selatan akan melengkapkan aksi pusingan awal menentang Iraq di Stadium Arena Universiti Malaya, manakala Afghanistan berdepan Australia di Stadium MBPJ, Jumaat ini. – BERNAMA

Tags: AFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harimau Malaya Selangkah Ke Piala Asia 2027: Semoga Keputusan AFC Tidak Sekat Impian

Harimau Malaya Selangkah Ke Piala Asia 2027: Semoga Keputusan AFC Tidak Sekat Impian

07/03/2026
0

Oleh Mynewshub Semoga Harimau Malaya berjaya mengharungi permasalahan membabitkan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) terhadap Persatuan...

Mansuh Skim Pencen Dijangka Jejas Produktiviti, Lemahkan Semangat Penjawat Awam – Pakar Ekonomi

AFC Iktiraf Kehebatan Faisal

26/01/2024
0

DOHA: Pemain sayap sensasi negara Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi satu-satunya pemain Malaysia disenaraikan dalam kesebelasan utama terbaik perlawanan ketiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd