• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontinjen Para Asia Dibantu Dapatkan Pakaian Perbarisan

oleh
06/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi jaminan beliau akan membantu mendapatkan tajaan pakaian kontinjen negara untuk majlis pembukaan Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.

“Saya tidak akan melupakan Atlet Para negara. Mereka diberikan layanan sama rata; keperluan ke temasya sukan, insentif kemenangan.

“Untuk isu penajaan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), saya akan menolong mereka mendapatkan tajaan. I must,” katanya menerusi akaun Twitternya, @SyedSaddiq.

Media hari ini melaporkan kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia 2018 sedang berhadapan kekangan kewangan untuk mendapatkan pakaian rasmi untuk majlis pembukaan temasya sukan itu.

Syed Saddiq menulis demikian sebagai jawapan daripada seorang pengguna Twitter yang memintanya membantu atlet para dalam isu berkenaan.

Beliau turut mengiktiraf pencapaian bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam memberi layanan sama rata kepada atlet sukan para sebelum ini dalam jawapannya di Twitter.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim berkata kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asia 2018 akan mengenakan pakaian sukan rasmi ‘Malaysian Heroes’ pada majlis pembukaan temasya itu di Jakarta.

Beliau berkata persetujuan dicapai dalam satu mesyuarat bagi kontinjen Malaysia untuk memakai pakaian sukan berkenaan berasaskan dasar penjimatan kos pengurusan kontinjen kerana baju perbarisan itu hanya akan dipakai sekali sahaja sepanjang tempoh kejohanan itu.

“Pihak MPM juga bersetuju untuk cuba mendapatkan baju korporat sebagai tambahan kepada kontinjen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Sim berkata kementerian melalui Majlis Sukan Negara (MSN) juga akan menyediakan kelengkapan lain termasuk pakaian pertandingan, t-shirt rasmi, beg pakaian, tiket penerbangan serta yuran penyertaan kepada semua atlet yang akan bertanding pada temasya sukan tersebut dengan kos penyertaan sebanyak RM1 juta.

Kontinjen negara pada Sukan Para Asia 2018 yang akan berlangsung dari 6 hingga 13 Okt ini, akan diwakili 140 atlet para dengan menyertai 15 daripada 18 jenis sukan yang dipertandingkan. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerja Naik Taraf Projek Rol Ikut Jadual

Next Post

KPM Siasat Guru Besar Buat Tuntutan Lebihan Bayaran RMT

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

Next Post

KPM Siasat Guru Besar Buat Tuntutan Lebihan Bayaran RMT

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd