• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KM Sambut Baik Layanan Adil Pusat Untuk Pembangunan Sabah

oleh Ahmad Albab
02/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyambut baik jaminan bahawa kerajaan pusat akan memberikan layanan adil terhadap aspek pembangunan di negeri ini.

Menurutnya jaminan itu bukan hanya menyentuh soal gaji minimum tetapi juga meliputi perkara lain berkaitan pembangunan di Sabah.

“Saya tentunya akan berbincang bersama (Tun Dr Mahathir) mengenai perkara lain juga, apa yang kita minta bukan sahaja berkaitan mendapatkan gaji minimum sahaja.

“Tetapi kita juga bercakap mengenai populasi Sabah yang kecil dari segi jumlah, tetapi besar dari segi saiz,” katanya kepada media selepas melancarkan Program Karnival Pekerjaan 5.0 sempena Kembara Kerjaya Sabah 2018, di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata meskipun mempunyai populasi penduduk yang kurang namun keperluan mereka yang tinggal di kawasan terpencil tidak harus dipinggirkan untuk menikmati kemudahan asas.

“Saya gembira kerana perubahan harus dilakukan dan apa yang telah disebutkan sebelum ini akan dipenuhi. Ini adalah selaras dengan apa yang telah kita katakan sebelum pilihanraya,” katanya.

Semalam dalam sesi dialog Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyentuh mengenai pelaksanaan dasar dan pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Dr Mahathir memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi layanan yang adil kepada Sabah dan Sarawak serta tidak membezakan kedua-dua negeri itu dengan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Mengenai program karnival itu, Mohd Shafie berkata 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan pelbagai sektor dan kategori jawatan.

Katanya program ‘turun padang’ itu memberi manfaat kepada pencari kerja untuk mendapatkan maklumat hasil daripada pameran melibatkan agensi kerajaan dan swasta.

Program yang diadakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah itu akan menjelajah ke beberapa lokasi yang bermula di Kota Kinabalu hari ini sebelum ke Kudat, Kota Marudu, Ranau dan berakhir di Keningau pada 6 Sept ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd Shafie ApdalSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd