• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Lynas Mungkin Menjadi ‘Tragedi’ Jika Gagal Beroperasi

oleh
19/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kegagalan kilang memproses nadir bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) untuk beroperasi di Pahang mungkin menjadi satu ‘tragedi’ memandangkan kilang itu merupakan pelaburan perintis bagi negara Australia di Malaysia.

Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Andrew Goledzinowski berkata ini secara langsung akan menyebabkan syarikat-syarikat gergasi Australia lain yang berminat untuk melabur di negara ini membatalkan hasrat mereka.

“Lynas amat penting buat kami kerana ia memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak sama ada Australia mahupun Malaysia.

“Oleh itu, kami mahu memastikan ia dapat terus berkembang dan mencipta banyak peluang pekerjaan sekali gus menarik lebih banyak syarikat gergasi Australia lain datang melabur di sini.

“Jika operasi kilang Lynas ini gagal, berita ini pasti tersebar ke seluruh Australia dan pastinya syarikat-syarikat besar yang pada mulanya berminat tidak lagi mahu membuat pelaburan di negara ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis minum teh bersama kakitangan Lynas dan penduduk setempat.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu.

Goledzinowski berkata kajian tentang operasi Lynas jika mahu dilakukan selepas ini juga perlu berdasarkan fakta dan bukti serta tidak dibuat atas kepentingan politik mahupun mengikut emosi.

“Saya rasakan Lynas tidak perlu lagi disiasat kerana ia sudah beroperasi selama enam tahun dengan mengikut peraturan ditetapkan sebagaimana kilang-kilang lain.

“Namun jika kerajaan Malaysia mahu melakukan kajian itu hak mereka… tetapi kami berharap ia melalui proses awam agar hasilnya diketahui orang awam khususnya masyarakat setempat.

“Saya turut percaya Lynas mampu untuk berkomunikasi dengan pihak kerajaan Malaysia dalam menyelesaikan masalah sisa buangan kilang pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, Andansura berkata adalah tidak mudah bagi pihak kerajaan untuk sewenang-wenangnya menutup kilang Lynas kecuali berlaku pelanggaran undang-undang.

Beliau juga berpendapat tiada lagi keperluan untuk melakukan kajian tentang operasi kilang Lynas tetapi tumpuan harus diberikan dari aspek sisa buangan dan impak kepada alam sekitar.

“Walaupun kini kerajaan pusat sudah bertukar, kita masih mengikut peraturan yang ditetapkan dari segi penguatkuasaan operasi dan melindungi alam sekitar.

“Dalam lawatan saya baru-baru ini saya lihat begitu banyak sisa buangan dan jika dibiarkan ia pasti memberi kesan kepada persekitaran.

“Tapi difahamkan bahan buangan itu boleh digunapakai menjadi baja untuk aktiviti pertanian… jadi semestinya ia memberi sesuatu yang positif kepada semua pihak,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lynas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AELB Nafi Lynas Mohon Kekal Kemudahan Larut Lesap Di Kuantan

18/05/2022
0

Syarikat pelombong Australia, Lynas, dikatakan meminta kerajaan untuk mengetepikan syarat penting dalam lesen operasi untuk mereka yang akan tamat pada...

Lynas Terima Lampu Hijau Kabinet

14/02/2020
0

PETALING JAYA - Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam telah memberi lampu hijau supaya lesen operasi Lynas dilanjutkan selama tiga tahun....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd