• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khalid Sahkan Terima Surat Peletakan Jawatan Datuk Bandar KL

oleh Ahmad Albab
03/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad hari ini mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz pada 1 Sept lepas.

Katanya beliau belum memberi jawapan terhadap surat bernotis 30 hari berkenaan kerana berpandangan perkara tersebut perlu dipertimbangkan terlebih dahulu selain turut bergantung pada isu pengganti.

“Saya difahamkan surat peletakan itu dibuat kerana beliau (Mhd Amin Nordin) rasa dah lama sangat dalam DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) (iaitu ) selama 40 tahun. Sekarang beliau memikirkan tumpuan masa untuk bersama keluarga.

“…dan kita hormati hasrat beliau serta menghargai sumbangannya. Sekarang kita (kementerian) kena mainkan peranan untuk mencari pengganti yang sesuai,” katanya pada sidang media di Menara DBKL di sini.
Khalid berkata perkara itu akan dibawa ke mesyuarat kabinet minggu depan.

Mengulas lanjut, Khalid berkata proses pemilihan Datuk Bandar yang baharu itu juga tidak akan melalui proses pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) sebaliknya melalui perbincangan antara beliau dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta jemaah menteri.

“…serta proses akan angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong kalau ia (pelantikan baharu) berlaku,” katanya.

Mhd Amin Nordin, Datuk Bandar Kuala Lumpur ke-11, mempunyai pengalaman selama 38 tahun dalam pentadbiran kerajaan tempatan dan pengurusan perbandaran terutamanya di DBKL.

Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai timbalan pengarah di Jabatan Landskap DBKL pada 1978 ketika berusia 22 tahun.

Beliau pernah berkhidmat di bawah pentadbiran 10 orang Datuk Bandar Kuala Lumpur, termasuk di bawah Allahyarham Tan Sri Elyas Omar sebagai pegawai khasnya selama empat tahun. – BERNAMA

Tags: Datuk BandarKhalid Abdul Samad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

Datuk Bandar Beragama Islam Dilarang Hadiri Majlis Aidilfitri Di White House

Datuk Bandar Beragama Islam Dilarang Hadiri Majlis Aidilfitri Di White House

02/05/2023
0

WASHINGTON: Seorang datuk bandar beragama Islam didakwa dihalang daripada menyertai sambutan Aidilfitri White House semalam yang turut dihadiri Presiden Joe...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd