• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelong Kenderaan Rasmi, Kerajaan Pakistan Didakwa Populis

oleh Haris
17/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERAJAAN baharu Pakistan telah memulakan lelongan sekitar 100 buah kenderaan milik kerajaan, tindakan yang diuar-uarkan sebagai langkah penjimatan.

Penjualan kenderaan itu bagaimanapun tidak disambut poaitif oleh semua kerana banyak daripadanya ialah kenderaan lama.

Pegawai lelongan Mohammad Asif memberitahu agensi berita Reuters yang penjualan itu mampu membawa hasil 2 bilion rupee (AS$16 juta) untuk kerajaan yang kini berdepan masalah kewangan.

Bagaimanapun, hasil itu bergantung pada penjualan empat buah kereta Mercedes kalis peluru, yang nilainya separuh daripada jumlah keseluruhan disasarkan itu.

Lelongan ini disebut-sebut oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Imran Khan sebagai “memulangkan semula kekayaan negara kepada pemilik sebenarnya,” walaupun pengkritik mengatakan tindakan ini lebih sekadar simbolik.

Kempen pilihan raya Khan dan partinya menjalankan kempen populis dengan janji memerangi korupsi dan pembaziran wang negara yang diletakkan pada dua parti utama yang menguasai Pakistan selama ini.

Khan berjanji mengurangkan kos, termasuk mengurangkan kenderaan pegawai kerajaan dan menjual tanah awam.

“Ini merupakan satu perubahan minda,” kata Khan dalam ucapannya Jumaat lalu.

“Saya akan kira setiap rupee yang perlu dibelanjakan untuk saya sendiri,” katanya.

Langkah penjimatannya bagaimanapun dijejaskan oleh amalannya menaiki helikopter hampir setiap hari dari kediamannya di Islamabad.

Jarak kediaman Khan di Bani Gala dengan pejabat perdana menteri ialah 15 km, bersamaan 8 batu nautika menurut istilah penerbangan.

Pengkritik mendakwa kos pengangkutan Khan dengan helikopter jauh lebih tinggi daripada yang dinyatakan oleh kerajaan, dan merupakan perbelanjaan yang membazir.

Tindakan Khan menggunakan helikopter ke pejabat ini dikecam hebat kerana semasa kempen, beliau berjanji mengurangkan penggunaan kereta rasmi dengan kereta-kereta pengiring yang menelan belanja besar.

Ramai pengkritik beranggapan langkah penjimatan Khan hanya langkah kosmetik.

“Tidak ada yang baru pun dalam langkah penjimatan ini,” kata pengulas politik Raza Rumi.

Lelongan kenderaan kerajaan misalnya, sudah diamalkan selama bertahun, tetapi tidak dihebohkan.

Jumlah 36 buah Mercedes dan BMW lebih banyak berbanding lelongan sebelum ini, dan jualan kali ini menawarkan kereta mewah kalis peluru bernilai anggaran AS$2 juta atau 250 juta rupee sebuah.

Hampir tiga suku daripada daripada 101 buah kenderaan ditawarkan berusia lebih 10 tahun. Dua buah Toyota Corolla pula berusia 32 tahun.

Bukan itu sahaja tindakan yang dianggap populis dan memperbodohkan rakyat, malah janji menteri dalam pentadbiran Khan juga mencetuskan kemarahan.

Menteri luar baharu Pakistan, Shah Mehmood Qureshi semasa mula dilantik mengumumkan beliau tidak akan menaiki penerbangan kelas pertama dan akan hanya memilih kelas perniagaan ke luar negara, ramai berkata amalan itu bulam baru kerana sudah bermula semasa kerajaan lama.

Janji-janji lain termasuk ikrar mengurangkan seramai 500 orang tenaga kerja kediaman perdana menteri dan melaksanakan kerja enam hari untuk kakitangan awam dibatalkan kerana tidak sukar dilaksanakan. – Agensi/Mynewshub.tv

Tags: Imran KhanPakistan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kembalikan Status Sekutu Sabah, Sarawak Bukan Janji Kosong

Next Post

Status Pelabuhan Bebas Labuan Perlu Kekal Sepenuhnya

Related Posts

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

Pesawat Tempur Pakistan Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih India

10/05/2025
0

ISLAMABAD – Pakistan berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara S-400 milik India yang terletak di Adampur, daerah Jalandhar, negeri Punjab, India,...

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

Elak Perjalanan Ke India-Pakistan Buat Sementara Waktu

10/05/2025
0

SEREMBAN: Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan khususnya di wilayah Kashmir dinasihatkan menangguhkan sementara perjalanan tidak penting susulan...

Next Post

Status Pelabuhan Bebas Labuan Perlu Kekal Sepenuhnya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd