• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Komited Cari Jalan Penyelesaian Projek Hidroelektrik

oleh Cj Mnh
28/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERI ISKANDAR — Kerajaan negeri komited mencari jalan penyelesaian isu membabitkan projek hidroelektrik di negeri ini dalam memastikan alam sekitar terus terpelihara selain menitikberatkan kehidupan Orang Asli.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari berkata bagaimanapun pihaknya perlu sedikit masa bagi menyelesaikan isu tersebut yang telah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.

“Di Perak, ada isu melibatkan projek hidro ini telah mendatangkan masalah kepada alam sekitar dan juga masyarakat Orang Asli dan kita perlu menyelesaikan masalah ini sebaiknya, ia tidak mudah dan akan mengambil masa.

“Banyak isu yang berkaitan teknikal dan juga undang-undang yang perlu kita hadapi…beri kita sedikit lagi masa untuk mencari penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi panel pada Forum Hari Diplomasi Iklim 2018 anjuran Go Green Movement (GGM), Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Kesatuan Eropah ke Malaysia di UTP di sini hari ini.

Forum itu turut dihadiri tiga lagi panel iaitu Ahli Eksekutif Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia, Sophie Tann, Ketua Pegawai Eksekutif Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia, Bahagian Perniagaan dan Industri, Roberto Benetello dan Profesor Jabatan Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Prof Dr ShamsUl Rahman Mohamed Kutty.

Forum yang bertemakan ‘Business Case for Fighting Climate Change’ itu diadakan bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan memerangi perubahan iklim demi generasi akan datang.

Sementara itu, Sophie ketika berucap menegaskan industri perusahaan perlu menitikberatkan alam sekitar selain mencari jalan penyelesaian terhadap masalah perubahan iklim yang semakin kritikal.

“Kita memang memerlukan perusahaan dan teknologi baharu tetapi pada masa yang sama kita perlu mengekalkan alam semula jadi untuk mengelak perubahan iklim berlaku lebih drastik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr Abdul Aziz Bariprojek hidroelektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd