• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Johor Siasat Pusat Tahfiz Tidak Berdaftar

oleh
13/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri akan melaksanakan siasatan dan membuat penyelarasan terhadap pusat-pusat tahfiz di Johor bagi memastikan kesemuanya beroperasi mengikut peraturan dan undang-undang.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri Aminolhuda Hassan berkata tindakan yang bakal diambil itu adalah selaras dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang mahu kesemua pusat tahfiz yang beroperasi di Johor mendapat sijil pengiktirafan sebelum memulakan operasi.

“Kerajaan negeri menjunjung kasih atas titah Tuanku dan akan mengambil tindakan segera untuk menutup mana-mana tahfiz yang tidak memiliki lesen untuk beroperasi.

“Kerajaan negeri dengan kerjasama daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) khususnya Jabatan Agama Islam (Bahagian Pendidikan Agama) akan menyiasat dan menyemak semula pusat tahfiz yang mempunyai masalah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan (PPIPK) 2018 di Kampus Temenggong Ibrahim di sini, hari ini.

Aminolhuda berkata kerajaan negeri juga akan mengkaji semula dan memperhalusi syarat dan peraturan penubuhan pusat-pusat tahfiz yang baharu bagi memastikan setiap pembinaan pusat berkenaan berada dalam keadaan teratur dan selari dengan undang-undang.

“Kita mahu memastikan pembinaan pusat-pusat tahfiz ini mendapat kebenaran daripada MAINJ kerana sehingga hari ini kita tidak mempunyai jumlah yang tepat berkaitan bilangan sebenar pusat tahfiz yang beroperasi di dalam negeri kita.

“Ini kerana ada sebilangan pusat-pusat ini tidak membuat pendaftaran awal. Jadi bila tidak didaftarkan ia akan menjadi satu masalah kepada kita mengesan di mana mereka ini beroperasi,” katanya.

Aminolhuda berkata langkah jangka pendek yang telah diambil ketika ini adalah mengarahkan semua pejabat jabatan agama di seluruh daerah mencari dan mengenal pasti setiap pusat-pusat tahfiz yang ada di kawasan mereka dalam tempoh sebulan ini sebelum tindakan lanjut diambil.

“Saya juga menyeru kepada orang ramai untuk melaporkan kepada MAINJ sekiranya mendapati ada pihak yang cuba mengutip derma untuk sekolah-sekolah agama atau pusat-pusat tahfiz.

“Ini kerana setiap kutipan sumbangan perlu mendapat kelulusan dan kebenaran daripada MAINJ terlebih dahulu, dan mana-mana sekolah agama atau pusat tahfiz yang mengutip derma perlu memiliki sijil kebenaran yang asli daripada pejabat agama dan bukannya salinan sijil, kerana terdapat banyak kes penipuan menggunakan sijil palsu dan diubahsuai,” katanya.

Katanya, jika perlu menggunakan salinan, ia perlu mendapat pengesahan daripada kadi daerah masing-masing.

Pagi tadi, Sultan Ibrahim bertitah agar kerajaan negeri memantau pusat-pusat tahfiz dalam negeri itu serta memastikan pusat-pusat itu mendapat sijil pengiktirafan serta mematuhi undang-undang sewaktu beroperasi. – BERNAMA

Tags: Isu Tahfiz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

7 Cedera Dihempap Batu Di Greece

Next Post

Cucu Muhyiddin Curi Tumpuan

Related Posts

Status Unit Tahfiz Al-Barakah Diketahui Ogos Ini

23/07/2018
0

IPOH - Keputusan sama ada operasi Unit Tahfiz al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini...

Bakar Tahfiz: Remaja Lelaki Lepas Bebas Kes Dadah

29/11/2017
0

KUALA LUMPUR – Seorang lagi remaja lelaki yang pernah ditahan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang mengorbankan...

Next Post

Cucu Muhyiddin Curi Tumpuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd