• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Galak NGO Promosi i-Suri – Dr Wan Azizah

oleh
29/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menggalakkan lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mempromosi dan menyampaikan maklumat mengenai Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) supaya lebih ramai wanita berkelayakan menyertainya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata ia bertujuan menjaga kebajikan wanita serta memastikan mereka mempunyai simpanan kewangan.

“Pelaksanaan i-Suri ini, bukan semata-mata untuk melaksanakan manifesto Pakatan Harapan sahaja, ia adalah suatu program yang kita yakin, mampu menjaga kemaslahatan golongan wanita dengan memastikan wanita yang tidak bekerja mempunyai tabungan semasa menjangkau usia tua,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian majlis Hi-Tea Bual Bicara ‘Dilema Ibu Bekerjaya : Pusat Jagaan, Pengasuh Atau Pembantu Rumah’ anjuran Pertubuhan Wanita Pawana Pandan di Kelab Darul Ehsan, hari ini.

i-Suri adalah program di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diperkenalkan pada 15 Ogos lepas.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata 48.5 peratus daripada 32.4 juta penduduk Malaysia adalah wanita.

Justeru beliau berharap golongan itu dapat menggunakan potensi untuk memacu pembangunan dan kesejahteraan negara.

“Kerajaan berhasrat memulakan inisiatif pembangunan kepimpinan wanita, bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk menduduki kerusi lembaga pengarah dalam sektor korporat dan kebolehupayaan wanita sebagai pembuat keputusan dalam pelbagai bidang lain,” katanya.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan juga menyokong usaha meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi, kesihatan dan keselamatan selain mahu hak serta kehormatan diri mereka dilindungi sebaiknya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismaili-Suri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wan Azizah Cinta Hati Yang Setia Mendampingi – PMX

Wan Azizah Cinta Hati Yang Setia Mendampingi – PMX

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan dan kasih sayang yang mendalam buat isterinya,...

Kini Suami Boleh Carum 2 Peratus KWSP Untuk Isteri

04/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Pindaan) 2019 bagi membolehkan suami memindahkan caruman dua peratus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd