KOTA BHARU – Ada dua pihak yang mendapat banyak kejayaan dengan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, golongan itu adalah golongan Islamis dan Liberal yang bekerjasama.
“Kejayaaan grup Islamis dalam Pakatan Harapan ialah berjaya dapat banyak jawatan menteri.
“Kejayaan grup liberalis dalam Pakatan Harapan ialah berjaya laksana agenda mereka satu persatu. Fikirkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sementara itu, Nik Mohamad Abduh mengingatkan bahawa mereka yang melompat-lompat dalam politik adalah demi kuasa dan pangkat.
“Jika deminya engkau melompat dan mencair? Tiada sabar selain keluh kesah? Tiada yakin selain teragak-agak. Itu hanya permainan kuasa. Engkau hanyalah biduk-biduk permainan dicatur duniawi kejam,” katanya. – MYNEWSHUB.TV