• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kem Pada Pemilihan Parti Budaya Biasa – Nurul Izzah

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengakui wujud beberapa kem dalam parti itu pada pemilihan PKR 2018 namun menganggap itu adalah budaya biasa.

Beliau bagaimanapun percaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR yang peranannya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), akan menjalankan tugasnya dengan memantau perjalanan pemilihan PKR.

“Dalam setiap pertandingan memang akan wujud kem-kem bagi memenangkan pihak yang berkenaan dan saya rasa ini adalah perkara biasa, lagipun dalam PKR ada JPP yang akan memantau proses pemilihan.

“Saya juga percaya semua calon bertanding secara profesional serta menganjurkan majlis berjumpa dengan pengundi bukan untuk menyerang pihak lawan,” katanya kepada pemberita selepas hadir forum terbuka bertemakan ‘Kalis Masa Depan Sebuah Amanat’ di sini malam tadi.

Pemilihan PKR akan bermula di Kedah dan Pulau Pinang Sabtu ini, melibatkan 105,056 layak mengundi. anggota. Kira-kira 800,000 anggota PKR di seluruh negara akan mengundi pada pemilihan yang akan berlangsung sehingga 28 Okt ini.

Pada pemilihan itu anggota akan memilih anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) termasuk timbalan presiden, naib presiden, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat dan ketua wanita pusat.

Anggota juga akan memilih pemimpin peringkat cabang iaitu ketua, naib ketua serta 15 anggota jawatankuasa (AJK).

Turut dipilih ialah ketua AMK, timbalannya, naib ketua dan 15 AJK AMK cabang.

Sementara itu, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh dan akan mempertahankan jawatan naib presiden PKR, berkata majlis-majlis yang diadakan oleh calon bertanding pada pemilihan kali ini adalah untuk menjelaskan manifesto mereka dalam perjuangan parti.

“Saya anjurkan majlis sebegini adalah untuk memberitahu kepada anggota PKR tentang manifesto yang saya bawa, ada tiga yang saya mahu tekankan iaitu kalis masa depan, keadilan mempunyai kearifan lokal di kawasan kita wakili dan menjaga kebajikan bersaudara dalam keanggotan serta bukan keanggotaan,” katanya.

Katanya beliau percaya anggota PKR bijak dan matang untuk memilih pemimpin dalam parti itu serta berharap mereka semua keluar mengundi pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan JPP PKR.

Pemilihan PKR kali ini juga mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya dilaksanakan menggunakan sistem e-undi (undi secara digital) serta mengguna pakai konsep ‘satu ahli satu undi’. – BERNAMA

Tags: Nurul IzzahPemilihan PKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Penerbangan Ihsan JBPM Selamatkan Remaja Orang Asli

Next Post

1MDB: Jabatan Peguam Negara Adakan Mesyuarat

Related Posts

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

PRN: Nurul Izzah Terus Membisu, Serah Pada Pucuk Pimpinan

19/07/2023
0

Seberang Jaya : Bekas ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terus berdiam diri berhubung kedudukannya sama ada akan bertanding...

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

Pelantikan Nurul Izzah: Kerja Tak Bergaji Nak Makan Apa, Tanya MB Kedah

01/02/2023
0

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim "malu-malu" untuk membenarkan anak perempuannya Nurul Izzah dibayar...

Next Post

1MDB: Jabatan Peguam Negara Adakan Mesyuarat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd