• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluar AP, Kosongkan Stok Bauksit Di Pahang

oleh Cj Mnh
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju mengeluarkan lesen eksport (AP) dalam tempoh munasabah kepada syarikat yang terbabit untuk mengosongkan stok bauksit yang berada di pelabuhan di Pahang.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata keputusan itu dicapai hasil beberapa sesi libat urus dengan beberapa pihak termasuk penggiat industri perlombongan bauksit sebelum ini serta pertemuannya dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, hari ini.

“Sesi libat urus itu bagi membolehkan pihak kementerian mendapatkan gambaran lebih menyeluruh dan maklumat lebih lanjut selain pandangan secara terus daripada Menteri Besar sendiri dan kerajaan Pahang berhubung hala tuju industri perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri berkenaan.

“Hasil perbincangan pada hari ini, kerajaan bersetuju mengeluarkan AP dalam tempoh munasabah kepada syarikat yang terbabit untuk mengosongkan stok bauksit yang berada dalam kawasan pelabuhan terlebih dulu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menjelaskan satu pasukan khas akan diwujudkan bagi menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu berhubung perlombongan, pengangkutan, pengurusan stok dan pengeksportan bauksit.

“Apabila moratorium ini ditarik balik kelak, semua pihak termasuk pelombong yang diberikan AP perlu menandatangani suatu piagam untuk mematuhi semua syarat yang ditetapkan demi memastikan industri perlombongan bauksit Pahang berjalan secara mampan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan mengenakan moratorium terhadap aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di Pahang akibat isu pencemaran yang tidak terkawal dan keselamatan.

“Moratorium itu disambung dari semasa ke semasa dan terkini adalah sehingga 31 Disember ini.

“Kerajaan juga pada ketika ini dalam rangka mencari penyelesaian menyeluruh bagi menangani perkara ini dan dalam usaha mewujudkan penyelesaian bersifat menang-menang membabitkan semua pihak.

“Kerajaan sudah mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terbabit dalam industri ini sama ada kerajaan atau swasta demi mendapatkan konsensus halatuju yang dapat memberi harapan baharu terhadap industri bauksit di Pahang,” katanya. – BH Online

Tags: bauksitlesen eksport
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd