• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peparu Cedera Tercucuk, Saleem Terus Diletak Koma

oleh Ahmad Albab
27/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi Saleem masih diletakkan dalam keadaan koma walaupun vokalis kumpulan Iklim itu sudah sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Khamis lalu.

Isteri Saleem, Julia Bachok memberitahu suaminya itu ditidurkan bagi membolehkan kecederaan pada paru-paru kanannya akibat tertusuk tulang rusuk pulih selain mengurangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung sekiranya dia berada dalam keadaan sedar.

“Sebetulnya Saleem sudah sedar sekejap semalam tetapi dia tidak dapat bergerak atau bercakap… Imbasan pada paru-paru yang dibuat doktor juga mendapati kecederaan dialaminya masih agak teruk jadi mereka mengambil keputusan untuk menidurkannya.

“Ini bagi membolehkan kecederaan itu pulih dan kalau Saleem berada dalam keadaan sedar mungkin dia terpkasa menanggung kesakitan jika bergerak kerana tulang rusuknya juga patah,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Saleem dan isteri, Julia Bachok.

Ketika ini, Saleem masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras dekat sini.

Dalam kejadian pada pukul 3.20 petang itu, motosikal ditunggang Saleem dilanggar sebuah kereta dari arah belakang ketika penyanyi itu keluar membeli barang.

Kejadian itu berlaku berdekatan rumah mereka di Bandar Mahkota Cheras sebelum Saleem dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, Julia berkata, laporan mengatakan 12 tulang rusuk Saleem patah adalah tidak benar sebaliknya hanya sembilan yang patah akibat kemalangan itu.

Jelas Julia, salah satu daripada tulang rusuk itu tertusuk ke bahagian paru-paru kanan penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu.

“Kecederaannya memang agak parah tetapi dia berada dalam keadaan stabil ketika ini cuma masih ada darah yang keluar daripada paru-parunya.

“Malah Saleem masih menggunakan alat bantuan pernafasan akibat paru-parunya yang cedera,” jelasnya.

Sementara itu, Julia berharap semua peminat terus mendoakan agar Saleem kembali pulih seperti sedia kala. – mStar Online

Tags: kemalanganSaleem Iklim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Saman Fitnah LGE Terhadap Utusan Selesai

Next Post

“Saya Berasa Bertuah Memiliki Awak Sebagai Isteri”

Related Posts

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

‘Bunyi Dentuman, Dengar Suara Mak Su Mengerang’ – Anak Saudara

25/05/2025
0

BATU PAHAT: "Ketika itu saya sedang berbual dengan Mak Su di telefon… tiba-tiba terdengar dentuman kuat sebelum disusuli suara mengerang...

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

Dua Van Kilang Bertembung, Pemandu Tersepit

18/05/2025
0

BAYAN LEPAS – Seorang lelaki cedera selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan membabitkan dua buah van kilang...

Next Post

“Saya Berasa Bertuah Memiliki Awak Sebagai Isteri”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd