• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kafa Sedia Lepaskan ‘Ubi Muda’

oleh
12/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersedia melepaskan ‘ubi muda’ pasukan itu jika mereka mendapat tawaran lebih tinggi daripada pasukan lain bagi beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata keputusan tersebut diambil persatuan itu kerana tidak lagi mampu membayar gaji yang tinggi kepada pemain-pemainnya.

“Kita tidak mampu untuk membayar pemain yang melibatkan kos tinggi.

“Kafa akan membimbing pemain dengan kemampuan yang ada dan hanya pemain yang sanggup kekal bersama kami walaupun pasukan hanya beraksi pada saingan Liga Premier musim hadapan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Bibi Ramjani berkata beliau tidak menafikan terdapat pemain muda dalam kesebelasan utama ‘The Red Warriors’ musim ini telah menerima risikan daripada beberapa kelab dan persatuan lain.

“Ada pemain yang ditawarkan kontrak yang tinggi dari pasukan lain, jadi terpulang kepada pemain itu sendiri untuk kekal bersama Kelantan atau memilih haluan masing-masing.

“Untuk menawarkan kontrak kepada pemain kita perlu mengikut kemampuan kerana musim depan kita hanya akan bermain di Liga Premier,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Bibi Ramjani berkata pihaknya masih belum menerima sebarang pencalonan bagi pemilihan dua kekosongan naib presiden persatuan itu walaupun kongres tahunan dijangka akan diadakan hujung September ini.

“Setakat ini, tidak ada pencalonan daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) mahupun individu yang tampil secara sukarela bertanding jawatan tersebut.

“Kami amat mengalu-alukankan calon yang mempunyai kelayakan dan komitmen bagi membantu Kafa,” katanya.

Sebelum ini dua Naib Presiden Kafa iaitu Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim melepaskan jawatan tersebut Jun lalu berikutan tidak sehaluan dengan kepimpinan persatuan tersebut. – BERNAMA

Tags: Bibi Ramjani Ilias KhanKAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isteri Muda Peraih Mungkin Kembali Bersekolah

Next Post

KJ Sindir Bakal PM ‘Waghih’ Negeri Sembilan

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

KJ Sindir Bakal PM 'Waghih' Negeri Sembilan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd