• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jose Mourinho Kena Penjara Setahun

oleh
04/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang dijatuhkan hukuman penjara setahun berikutan kes penipuan cukai dipercayai sedia membayar denda 1.8 juta pound (RM9.57 juta) susulan perjanjian dengan pihak pendakwa raya Sepanyol, menurut akhbar El Mundo.

Pengurus dari Portugal itu dilaporkan menerima hukuman penjara yang ditangguhkan itu sebagai sebahagian daripada rayuan bersama pihak pendakwa raya yang menuduhnya melakukan penipuan cukai berjumlah 2.9 juta pound (RM15.41 juta).

Mourinho begitupun tidak akan menjalani hukuman berkenaan kerana undang-undang di Sepanyol membolehkan hukuman penjara di bawah dua tahun yang juga kesalahan pertama boleh dikenakan pengawasan sahaja.

Agensi percukaian Sepanyol bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan.

Mahkamah di Madrid yang mengetuai perbicaraan terhadap Mourinho dijangka mendedahkan perincian mengenai perjanjian berkenaan dalam tempoh beberapa hari lagi.

El Mundo melaporkan pengurus berusia 55 tahun itu, yang masa depannya di Old Trafford tampak goyah ketika ini bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan yang membabitkan hak imejnya ketika mengemudi Real Madrid pada 2011 dan 2012.

Selain Mourinho, bekas bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo turut menerima hukuman penjara dua tahun – yang turut ditangguhkan – awal musim panas ini selepas mencapai persetujuan dengan pihak pendakwa raya.

Penyerang Portugal itu bersetuju untuk membayar lebih 15 juta pound (RM79.73 juta) selepas mengaku salah terhadap penipuan cukai membabitkan hak imejnya di antara tahun 2011 dan 2014. – Agensi

Tags: Jose Mourinho
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peguam Negara Tak Terlibat Keputusan Tarik Balik Pertuduhan

Next Post

Peruntukan Atlet, Jurulatih Berdasarkan KPI

Related Posts

MU ‘Kosongkan’ Pejabat Mourinho 5 Minit Lepas Dipecat

25/12/2018
0

MANCHESTER United tidak buang masa dalam menghilangkan kenangan Jose Mourinho sebagai pengurus apabila mereka 'membersihkan' pejabatnya dalam tempoh lima minit...

Mourinho Kembali Ke Portugal, Tonton Bola Sepak Bersama Anak

24/12/2018
0

SELEPAS dipecat pada Selasa lalu, Jose Mourinho pulang ke rumah keluarganya dekat Azeitao, Portugal. Dia meluangkan masa menyaksikan perlawanan bola...

Next Post

Peruntukan Atlet, Jurulatih Berdasarkan KPI

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd