• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jika Keluar UMNO, Anda Tak Lihat Saya Dihina Sebegini’

oleh
27/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“INILAH harga perlu saya bayar untuk sebuah perjuangan.” itu kata Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam satu catatan terkini menerusi akaun sosial Facebooknya.

Menurut bekas Pengerusi Biro Kebajikan UMNO itu, jika beliau telah keluar daripada UMNO pada minggu lepas, orang ramai tidak akan melihat beliau berbaju lokap SPRM dan bergari semasa direman di Putrajaya semalam.

Tegas Abdul Azeez yang juga mantan Pengerusi Tabung Haji, walau apa pun dugaan atau rintangan atau ugutan yang datang, hatta ke penjara sekalipun beliau tetap tidak akan meninggalkan perjuangan parti keramat UMNO.

“Kirim salam kepada semua rakan seperjuangan. Insya Allah saya akan terus teguh bersama UMNO,” kata beliau lagi dalam kenyataan ringkas tiga perenggan melalui laman Facebook miliknya itu semalam.

Sementara itu, permohonan tahanan reman selama tujuh hari di bawah Sek­syen 117 Kanun Tatacara Jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Azeez didakwa tidak sah di sisi undang-undang.

Berikutan itu, permohonan tersebut telah dibantah oleh peguam, S. Devanandan yang mewakili Abdul Azeez berasaskan alasan bahawa Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan.

Ini termasuk ketika dirakam keterangannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak siasatan terhadapnya dijalankan selepas serbuan di beberapa lokasi yang mempunyai kaitan dengannya pada 23 Mei lalu.

Menurut Devanandan, peruntukan terpakai bagi siasatan itu sepatutnya di bawah Seksyen 49 Akta SPRM 2009 dan bukan permohonan reman di bawah Sek­syen 117 Kanun Tatacara Jenayah, namun hujahnya ditolak mahkamah.

“Kita bantah sekeras-keras­nya hujah pihak Timbalan Pendakwa Raya SPRM memandangkan alasan tidak kukuh dan Abdul Azeez tidak perlu berada dalam penahanan pihak SPRM selesaikan tindakan siasatan yang perlu diambil.

“Mereka mengatakan bahawa perlu membuat semakan dan perbandingan rakaman percakapan saksi-saksi lain dengan rakaman percakapan Abdul Azeez bagi memastikan sama ada terdapat sebarang percanggahan atau tidak.

“Kami berpendapat Abdul Azeez tidak perlu ditahan untuk dapat penjelasan kerana beliau sanggup hadir di SPRM pada bila-bila masa untuk membolehkan mereka selesaikan siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Selain itu, Devanandan memberitahu, pihak pendakwaan berhujah bahawa pegawai penyiasat perlu buat semakan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri tentang aset Abdul Azeez sama ada telah diisytihar dan dibayar cukai.

Bagaimanapun pihaknya menyatakan perkara itu boleh dilakukan tanpa penahanan anak guamnya. Berikutan itu, Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama empat hari terhadap Abdul Azeez.

Turut dikenakan tindakan sama ialah abangnya dan sepupu mereka setelah ketiga-tiganya dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 10.30 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga dan tangan digari.

Pada Selasa, Abdul Azeez ditahan di Ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada pukul 11.15 pagi ketika hadir untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya berkenaan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Abdul Azeez Abdul Rahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Abdul Azeez Batal 13 Tuduhan Ditolak

12/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menolak permohonan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

Abang Azeez Rahim Dilepas Tanpa Dibebas Tuduhan Rasuah

08/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan Datuk Abdul Latif Abdul Rahim, abang kepada bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd