• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jeff Bezos, Isteri Sumbang AS$2 Bilion Untuk Dana Kebajikan

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pengasas syarikat perdagangan elektronik, Amazon, Jeff Bezos, semalam mengumumkan beliau mewujudkan dana kebajikan membantu keluarga gelandangan dan menubuhkan prasekolah untuk komuniti berpendapatan rendah.

Beliau memberi sumbangan awal sebanyak AS$2 bilion (RM8.28 bilion) untuk tujuan itu.

Bezos membuat pengumuman itu menerusi Twitter setahun selepas meminta idea cara beliau boleh membelanjakan kekayaannya yang kini dianggarkan bernilai lebih AS$160 bilion (RM662 bilion), untuk tujuan kebajikan.

‘Bezos Day One Fund’ yang diwujudkan Bezos dan isterinya, MacKenzie, memberi tumpuan kepada dua bidang: membantu ‘pertubuhan tidak berasaskan keuntungan sedia ada yang menolong keluarga gelandangan’ dan membiayai ‘rangkaian prasekolah baru untuk komuniti berpendapatan rendah’.

Kemudian, Bezos memberitahu perhimpunan di Washington bahawa AS$2 bilion cuma permulaan dan akan meluaskan usahanya itu.

“Saya melihat benda kecil menjadi besar dan ia sebahagian mentaliti ‘satu hari’ ini.

“Yayasan Satu Hari akan menjadi seperti itu,” katanya kepada majlis makan malam Kelab Ekonomi Washington.

Bagi gelandangan, geran akan diberikan kepada pertubuhan yang melakukan kerja menyediakan perlindungan dan makanan bagi menangani keperluan keluarga muda, katanya.

Dana itu juga mahu melancarkan dan mengendalikan rangkaian prasekolah berkualiti tinggi, biasiswa penuh dan berinspirasikan Montessori di kawasan berpendapatan rendah.

Bezos berkata, pendidikan awal kanak-kanak amat penting dan wang yang diperuntukkan untuk tujuan itu akan memberikan dividen lumayan selama berdekad. — AFP

Tags: dana kebajikanJeff Bezos
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bapa Saudara Dicekup Sumbang Mahram Dengan Anak Saudara

Next Post

Kastam Patah Penyeludupan Minuman Keras & Rokok

Related Posts

Bilionair Paling Kaya Di Dunia Berjaya Sampai Ke Angkasa Lepas

21/07/2021
0

TEXAS - Bilionair paling kaya di dunia, Jeff Bezos menghabiskan masa beberapa minit di angkasa lepas pada Selasa dengan menaiki...

Jeff Bezos Kekal Individu Terkaya Dunia – Forbes

08/04/2020
0

NEW YORK - Hartawan terkemuka dunia, Jeff Bezos mengekalkan kedudukan sebagai individu terkaya di dunia tahun ini meskipun kekayaannya menyusut...

Next Post

Kastam Patah Penyeludupan Minuman Keras & Rokok

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd