KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan berhubung keputusan membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah memandangkan ia melibatkan kepentingan awam.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, ini kerana kes-kes seumpama itu mungkin wujud pada masa depan.
“Kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dirujuk sewaktu permohonan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara untuk membebaskan tanpa melepaskan tertuduh.
“Tindakan Jabatan Peguam Negara ini dilihat menolak dan memperkecilkan tugas serta amanah yang telah dijalankan oleh pihak SPRM, seolah-olah ada berlaku pendakwaan terpilih,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.-UTUSAN ONLINE

