• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Penamatan Kontrak Kem Latihan PLKN Akan Dibawa Kepada PM Esok

oleh
05/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan akan membawa isu penamatan kontrak pengusaha kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad esok.

Menterinya Mohd Redzuan Md Yusof berkata pihaknya mengambil maklum perkara tersebut yang menjadi rungutan di kalangan pengusaha memandangkan kontrak yang ditandatangani bersama kerajaan lama sepatutnya tamat pada 2020.

“Walaupun Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kini diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan, saya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan merasakan suara tidak puas hati para pengusaha wajar dibawa ke atas,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog bersama Persatuan Pengusaha Kem Latihan Khidmat Negara (PPKN) di sini malam ini.

Bagaimanapun katanya pihaknya sentiasa mengalu-alukan para pengusaha untuk memberi idea dan alternatif yang sesuai untuk dikemukakan kepada kerajaan supaya segala aset yang dimiliki mereka dapat dimanfaatkan.

“PLKN dan Biro Tata Negara (BTN) bukanlah dibubarkan sewenang-wenangnya oleh kerajaan tapi kerajaan kita hari ini sedang mencari program yang sesuai dan lebih baik berbanding sebelum ini,” katanya.

Mohd Redzuan katanya beliau berharap perkara tersebut akan dapat diselesaikan dalam situasi menang-menang bagi semua pihak.

Menteri tersebut berkata beliau juga akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Belia dan Sukan mengenai langkah penstrukturan semula PLKN dan BTN

“Saya juga sebelum ini pernah menyarankan agar kedua-dua program ini disatukan dalam satu bentuk program pembangunan modal insan yang baharu,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini memaklumkan, kerajaan telah memansuhkan PLKN dan BTN serta-merta dan bakal digantikan dengan program baharu.

Dalam pada itu, Presiden PPKN Datuk Seri Kamil Ibrahim memaklumkan bahawa pihaknya menerima surat penamatan kontrak pengurusan kem PLKN daripada Kementerian Pertahanan hari ini.

Katanya, keputusan drastik itu bakal memberi kesan kepada para pengusaha di 79 kem PLKN sekali gus bakal menjejaskan pendapatan kira-kira 3,000 pekerja.

“Sepatutnya perjanjian kami bersama kerajaan dalam menguruskan kem ini pada 2020, tetapi kami telah menerima surat penamatan hari ini.

“Bukan sahaja menjejaskan pendapatan, tetapi kami terpaksa menanggung bebanan hutang dengan bank ekoran pinjaman dibuat bagi menguruskan perniagaan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: PLKN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 Akan Dipinda

Next Post

Nilai Seni Penanda Aras Tamadun Sesebuah Negara

Related Posts

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

Semua Pelatih PLKN Ikuti Modul Latihan Sama – KP JLKN

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 Siri 2/2025 yang bermula hari ini akan mengikuti modul latihan...

2 Individu Dan Syarikat Didenda RM70 Juta Bawa Masuk Rokok Tiada Cukai

Semangat Patriotik, Cinta Negara Kurang Jadi Asas Utama Laksana Semula PLKN

28/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Kurang patriotik selain kurang semangat cintakan negara dalam kalangan belia menjadi asas utama kerajaan memutuskan untuk mengembalikan Program...

Next Post

Nilai Seni Penanda Aras Tamadun Sesebuah Negara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd