• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Diri Saya – Nazim Othman

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Nazim Othman, 34, tidak melatah apabila diselar netizen yang kurang senang dengan penampilannya yang pada pandangan mereka dilihat semakin feminin.

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman berkata, dia tidak terkesan dengan pelbagai komen negatif dilemparkan, malah meneruskan hidup seperti biasa kerana imej ditonjolkan itu adalah dirinya yang sebenar.

“Tolak ketepi semua itu. Inilah saya. Tidak kira bagaimana saya dilihat, saya sudah pergi jauh. Saya bangga dengan diri saya,” tulisnya dalam satu catatan di Instagram.

Menerusi muat naik yang sama, Nazim memaklumkan, dia sering ditegur kerana dikatakan kelihatan seperti wanita, dituduh gay, selain bersolek lebih tebal daripada perempuan, namun semua pandangan itu tidak diendahkan.

Nazim yang menulis kenyataan itu menerusi perkongsian video memaparkan aksinya ketika menjalani sesi fotografi untuk sebuah penerbitan digital bagaimanapun akur, isu yang dibangkitkan boleh mencetuskan kontroversi.

“Kadang-kadang, sepanjang perjalanan (kehidupan), kita akan bertemu dengan orang yang baik. Hanya orang yang baik akan mengorbankan masa, tenaga dan usaha untuk rakan mereka. Terima kasih @kinggolddigga_ untuk video ini. Anda seorang yang hebat!” tulisnya.

Kebelakangan ini, imej Nazim sering menjadi bualan netizen yang menganggap dia semakin berubah. Malah, wajahnya yang disolek bagi tujuan penggambaran juga menjadi persoalan dan pertikaian kerana membuatkan dia dilihat lebih feminin.

Dalam satu entri lain, pelakon drama Lara Aishah dan Monalisa yang turut mencipta nama dalam bidang seni suara dikritik peminat yang menganggap dia tidak layak untuk menjadi penyanyi.

Namun, katanya dalam satu komen, kritikan tidak sesekali membuatkan dia berhenti daripada melakukan apa yang dimahukan.

“Tidak semua orang mempunyai bakat, tetapi mereka bukan memberikan dorongan supaya kita memperbaiki diri, sebaliknya mahu melihat kita jatuh dan berhenti.

“Jangan sakit hati! Saya berdoa mereka bahagia dengan kehidupan sendiri dan berjaya pada masa depan,” katanya. – BH Online

Tags: nazim othmanpenampilan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Imej DBKL Sebagai Lubuk Rasuah Harus Dihentikan

Next Post

Perangi LGBT Lebih Agresif

Related Posts

Penampilan Baharu Rina Harun Tarik Perhatian Netizen

09/02/2021
0

SHAH ALAM - Penampilan terkini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjadi tumpuan warganet apabila...

Nazim ‘Diganggu’ Peminat Remaja Kirim Foto Seksi

02/06/2018
0

PELAKON Nazim Othman akui berasa terkejut dengan tindakan segelintir netizen remaja yang hantar gambar seksi beserta mesej pelik menerusi  mesej...

Next Post

Perangi LGBT Lebih Agresif

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd