• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Lebih Berat Menunggu Pemburu Haram

oleh Ahmad Albab
22/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemburu haram yang memasang dan memiliki jerat bakal berdepan dengan hukuman lebih berat apabila Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] dikaji semula, kata Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim.

Menurutnya, Akta 716 bakal dipinda bagi memastikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemburu haram yang menggunakan jerat untuk membunuh atau menangkap hidupan liar bagi mendapatkan keuntungan.

“Ini adalah cadangan untuk menambah baik peruntukan undang-undang dan meningkatkan serta mengukuhkan hukuman kepada pesalah yang terlibat.

“Penggunaan jerat merupakan jenayah serius yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian pelbagai spesies hidupan liar hingga ada yang mengalami cacat kekal,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Pada masa ini, individu yang disabitkan kesalahan menggunakan jerat boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun.

Abdul Kadir berkata hukuman itu dilihat tidak setimpal dengan kematian dan nasib hidupan liar yang semakin diancam kepupusan disebabkan oleh kerakusan pemburu haram ini.

“Kita cadangkan pindaan akta ini mengenakan hukuman penjara dengan tempoh yang lebih lama dan denda yang lebih berat,” katanya.

Bagaimanapun, draf cadangan kepada pindaan akta itu masih di peringkat cadangan dan akan dibentangkan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar untuk dibincangkan sebelum diusulkan di Parlimen.

Abdul Kadir berkata dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 26 ekor hidupan liar pelbagai spesies seperti tapir, beruang matahari, kambing gurun, rusa sambar dan kijang ditemui mati akibat dijerat.

Jelasnya, sebanyak 653 utas jerat iaitu jerat dawai, nylon dan jaring burung dimusnahkan sejak awal tahun ini dan 79 lokasi hutan di negara menjadi kawasan tumpuan pemburu haram. – BERNAMA

Tags: pemburu haramPerhilitan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

12/08/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd