• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujah Halimey Ketinggalan Zaman – Dr Halimah Ali

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Calon PAS, Dr Halimah Ali menyifatkan hujah calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar sebagai ketinggalan zaman apabila berterusan menyerang peribadinya yang dikatakan sebagai orang luar dan tidak mengenali penduduk tempatan.

Dr Halimah berkata, gaya kempen PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia sering menggunakan modal anak tempatan sebagai kelebihan juga tidak mengikut peredaran masa.

“Halimey perlu sedar bahawa gaya hidup di bandar tidak sama seperti di kampung yang mana penduduknya sering berpindah randah.

“Isu lahir di sini atau tidak sebenarnya tidak menjamin apa-apa kemenangan kerana penduduk hanya mahukan wakil rakyat yang boleh laksanakan tugas dengan baik.

“’This is urban’, tak boleh fikir macam orang kampung, kadang-kadang memang lahir di sini tapi membesar tempat lain, belum tentu penduduk kenal,” katanya selepas menyantuni penduduk sekitar Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan, di sini, hari ini.

Katanya, memilih pemimpin luar tidak bermakna kualiti kepemimpinan akan merosot dan kebajikan rakyat tidak terbela.

“Lahir di sini, mengundi di sini, saya rasa itu cara pemikiran lama dan kita sudah lalui anjakan paradigma.

“Pemain bola yang hebat, kenapa sesebuah negara boleh nak bayar pemain import, untuk apa, untuk mencapai kejayaan sebab dia adalah pemain yang hebat,” katanya.

Terdahulu, Halimey berulang kali menyatakan keyakinannya memenangi PRK Dun Seri Setia berdasarkan latar belakangnya sebagai anak tempatan dan mengenali selok belok kawasan yang diwakilinya itu.

Kerusi DUN Seri Setia kosong selepas wakil rakyatnya, Prof Dr Shaharuddin Baharuddin meninggal dunia pada 2 Ogos lalu selepas menderita barah usus.

PRK Dun Seri Setia, Sabtu ini bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dr Halimah dan Halimey. – BH ONLINE

Tags: Dr Halimah AliPRK Seri Setia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

MP PAS Bimbang Menu Rahmah Dedah Pengguna Pada Risiko Kanser, Autisme

16/02/2023
0

Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama "Rahmah" yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko...

PRK Dun Seri Setia, Tanda Rakyat Mahu Pembangkang Bersatu

09/09/2018
0

SHAH ALAM - Kejayaan PAS dalam menambah lebih100 peratus undinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd