• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“HSR Tiada Kaitan Kroni Saya Tapi Kroni Orang Itu”

oleh
08/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIDAS… Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan kononnya beliau kecewa projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ditangguhkan kerana kroninya terbabit dalam tender kerja berkenaan.

Justeru ujar beliau, dakwaan mengatakan Gamuda Berhad, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), TH Properties Sdn. Bhd. dan YTL Corporation yang terbabit dalam projek HSR konon sebagai kroninya, adalah pelik.

Ini memandangkan pemegang saham keempat-empat syarikat itu memang tiada kaitan dengan diri bekas perdana menteri itu sebaliknya terdapat spekulasi pemaju terbabit ada hubungan dengan kepimpinan kerajaan sekarang.

“Pemegang saham terbesar Gamuda ialah KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), selain Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Wawasan (ASW). KWSP juga pemilik saham terbesar MRCB.

“Manakala TH Properties memang dimiliki penuh oleh Tabung Haji. YTL pula bukan pun terkenal sebagai ‘kroni’ ataupun proksi saya sejak sekian lama, tetapi sering dikaitkan sebagai rapat dengan seorang individu lain.

“Bagaimana empat syarikat berkenan didakwa sebagai kroni saya, saya pun pelik,” kata Najib dalam hantaran catatan menerusi akaun sosial Facebook rasminya, hari ini sebagai mengulas status isu projek HSR ditunda.

Pada Isnin lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan projek rel mega tersebut sehingga 31 Mei 2020.

Ketika majlis tandatangani Surat Sampingan HSR pada Rabu lalu, Mohamed Azmin berkata, Malaysia dikehendaki bayar kos S$15 juta (RM45.1 juta) kepada Singapura sebelum Januari tahun depan berikutan penangguhan terbabit.

Mengulas isu ini dengan lebih lanjut, Najib turut mempersoalkan dakwaan Mohamed Azmin dalam ceramahnya semalam, mengatakan kononnya kos projek HSR melambung kerana terdapat banyak elemen rasuah.

Katanya, bagaimana Mohamed Azmin boleh mendakwa banyak unsur rasuah dalam projek berkenaan sedangkan proses tender terbuka antarabangsa yang akan diputuskan bersama Singapura, belum ditutup dan masih berjalan.

“Kepentingan saya dalam projek HSR hanya satu. Saya percaya projek ini ada impak besar kepada masa depan dan ekonomi Malaysia dan Asia Tenggara, di mana ibu kota untuk dua negara akan dihubungkan.

“Ia bakal dapat saling merancakkan negara masing-masing. Saya harap rakyat boleh selidik dengan sedikit mendalam dan tidak lagi mudah terperdaya dengan propaganda yang tidak berasas.

“Kita bukan ‘uneducated’ (tidak berpelajaran) seperti digelar baru-baru ini oleh Mahathir,” kata Najib dalam nada sindiran merujuk penghinaan perdana menteri itu kepada pengundi Pakatan Harapan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: HSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

23/11/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura disegerakan bagi memastikan ekonomi negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd