• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

HSR Ditangguh Tapi Tanpa Pampasan

oleh
04/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUNDA… Malaysia dan Singapura bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) sehingga ke suatu tempoh yang akan ditetapkan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata keputusan penangguhan itu dibuat dengan mengambil kira faktor situasi ekonomi negara yang tidak kukuh buat masa ini.

“Kita (Malaysia dan Singapura) telah mencapai kata muafakat bagaimana kita dapat menyelesaikan pertindihan projek ini…dengan keadaan ekonomi, Malaysia tidak mampu meneruskan projek ini.

“Singapura bagaimanapun bersetuju dengan pandangan kerajaan Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan projek ini sehingga ke satu tempoh ketika keadaan ekonomi kembali pulih,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Mohamed Azmin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa ditemui selepas menghadiri istiadat perasmian Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14, yang disempurnakan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata keputusan itu juga dibuat selepas pihaknya mengadakan beberapa siri rundingan bersama kerajaan Singapura baru-baru ini.

Jelas beliau, hasil daripada perbincangan itu, Malaysia tidak perlu membayar sebarang pampasan kepada Singapura sepanjang tempoh penangguhan tersebut.

“Tiada pampasan akan dibayar dalam tempoh penangguhan itu, di akhir penangguhan kemudian (sekiranya) dibatalkan, baru kita bayar.

“Selepas penangguhan pastinya kita akan teruskan. Kita juga akan teruskan perbincangan bagaimana kita boleh kurangkan kos projek itu, kemungkinan mengguna pakai teknologi baharu atau melihat kepada aspek lain,” katanya.

Tambah Mohamed Azmin, perbincangan selanjutnya dengan kerajaan Singapura selepas ini akan menjurus kepada pengurangan kos projek serta fokus perkhidmatan antarabangsa yang dilihat dapat memberi kesan baik kepada kedua-dua negara termasuk dari segi pertumbuhan ekonomi.

Katanya lagi, HSR mempunyai dua komponen iaitu ‘International Service’ yang melibatkan perjalanan dari Singapura ke Malaysia serta ‘Domestic Service’ yang melibatkan tujuh hentian sepanjang perjalanan.

“Kita akan fokus pada ‘International Service’ ini,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata kerajaan Malaysia akan berunding dengan Singapura untuk menangguhkan pelaksanaan projek kereta api itu berikutan tidak dapat meneruskannya dalam keadaan kewangan negara pada masa ini.

Tags: HSR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesal Menteri Kewangan Main ‘Hantam’ Jelaskan SST

Next Post

2 Perkara Pelik LGE Bebas Kes Rasuah

Related Posts

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

Kerajaan Tangguh Projek Mega Termasuk HSR

07/01/2025
0

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen kerajaan membabitkan projek mega terpaksa ditangguhkan pada masa ini kerana perlu menyelesaikan...

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

Johor Mahu HSR, LRT – Onn Hafiz

23/11/2023
0

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura disegerakan bagi memastikan ekonomi negeri...

Next Post

2 Perkara Pelik LGE Bebas Kes Rasuah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd