• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hijrah Bermaksud Umat Islam Memimpin, Bukan Dipimpin

oleh
28/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Pada hari ini umat Islam seluruh dunia diuji hebat dengan pelbagai bentuk penindasan termasuk di negara kita,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata beliau, ujian besar itu bukan sahaja kesan perang ketenteraan seperti perang proksi, bahkan serangan ke atas pemikiran umat Islam.

“Umat Islam mulai meragui Islam adalah penyelesaian kepada konflik kemanusiaan sehingga mengambil ideologi dan akal manusia semata-mata sebagai panduan.

“Contohnya isu sebat pesalah budaya songsang oleh mahkamah tinggi syariah Terengganu baru-baru ini,” katanya dalam khutbah Jumaat beliau hari ini.

Kata Abdul Hadi, hukuman ke atas pesalah yang ringan dengan enam kali sebatan syar’ie sebenarnya tidak langsung menyakiti apalagi mencederakan pesalah.

Menurutnya, ia sekadar memalukan dan yang lebih penting adalah bertaubat dan memohon keampunan Allah di atas kesalahannya berbanding sebatan sivil yang lebih keras.

Malangnya, kata beliau, fokus umat Islam masa kini adalah tentang hukuman sebat itu dan bukannya kebimbangan terhadap perbuatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Beliau dalam pada itu mengingatkan undang-undang sivil pernah menyaksikan tilam digunakan sebagai bukti kes dalam kes liwat dan pesalah bertahun dipenjara sehingga maruah pesalah tercalar lebih teruk.

“Kegerunan hanya ada kepada yang melakukan jenayah, bukan bersifat mencegah kepada mereka yang belum atau berhasrat melakukan jenayah,” katanya.

Justeru, katanya, PAS meminta Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan (PH) memberi kesempatan kepada kerajaan negeri untuk melakasanakan hukum syarak yang sememangnya di bawah bidang kuasa negeri dan bukan mempertikaikannya.

Beliau turut menyeru Umat Islam Malaysia supaya sedar dan menghayati mesej sebenar daripada peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.

Kata beliau, matlamatnya adalah untuk membina sebuah masyarakat yang aman dan melaksanakan keadilan dengan menjadikan Islam memimpin, bukan dipimpin.

“Mempertahankan Islam satu kemuliaan terutama adanya suara sumbang yang semakin lantang menghina dan menuntut agar undang-undang syariah dihapuskan.

“Marilah kita bekerjasama atas semangat ta’awun dan menghayati makna hijrah dalam mempertahankan kesucian agama daripada celaan mereka yang memusuhi Islam,” katanya. – MYNEWSHUB.TV

Tags: Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRK PD Mungkin Pertandingan 6 Penjuru

Next Post

FDA Lulus Ubat Kanser Paru-Paru Keluaran Pfizer

Related Posts

Abdul Hadi Nafi Konflik Dengan MB Terengganu

05/12/2018
0

KUALA TERENGGANU - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berlakunya krisis dalaman parti antara beliau dan Menteri Besar...

PAS Gesa Bertenang, Tidak Cetus Sentimen Negatif

27/11/2018
0

PAS menyeru semua pihak agar bertenang dan tidak mencetuskan sebarang sentimen tidak sihat di kalangan masyarakat awam. Presidennya, Datuk Seri...

Next Post

FDA Lulus Ubat Kanser Paru-Paru Keluaran Pfizer

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd