• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Highland Towers Diroboh Bulan Depan

oleh Cj Mnh
14/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Highland Towers yang terbiar sejak 25 tahun lalu akan dirobohkan seawal bulan depan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata proses merobohkan bangunan akan diuruskan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Jawatankuasa Pembangunan Semula Highland Towers sudah dapat penyelesaian selepas berunding dengan pemaju dan Jabatan Insolvensi serta sudah dapat mengenal pasti semua pemilik.

“Mereka (jawatankuasa) sekarang di peringkat untuk mengemukakan cadangan pembangunan di kawasan itu selepas Highland Towers dirobohkan seawal-awalnya bulan depan.

“Kita berharap supaya pada Disember ini sudah ada perancangan untuk projek pembangunan semula Highland Towers,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir menziarahi keluarga kanak-kanak perempuan tiga tahun yang maut akibat terjatuh dari tingkat 17, tiga di Blok A, PPR Kota Damansara, di sini, hari ini.

Zuraida berkata, pihaknya juga sedang mengkaji semula dasar berhubung projek yang terbengkalai.

Katanya, ada keperluan untuk meneliti semula prosedur terbabit bagi mempercepatkan dan memudahkan proses ambil alih seterusnya pembinaan semula.

Ogos lalu, Zuraida mencadangkan Highland Towers dibangunkan semula sebagai lokasi taman rekreasi.

Cadangan itu dibuat memandangkan struktur tanah di kawasan terbabit tidak sesuai untuk pembinaan perumahan.

Pada 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok Kondominium Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dalam tragedi yang meragut nyawa 48 orang. – BH Online

Tags: dirobohkanhighland towers
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Haikal Jatuh Dalam Gelanggang, Kepala Terhentak Ke Lantai – Setiausaha Agung PESAKA

Roboh Highland Towers: Masalah Penduduk Dijangka Selesai – ADUN

03/03/2024
0

HULU KELANG - Perobohan dua blok Highland Towers dijangka mampu menyelesaikan aduan berbangkit oleh masyarakat yang tinggal di sekitar bangunan...

Restoran Berkeley Corner Akhirnya Dirobohkan

11/09/2019
0

KLANG - Pegawai penguat kuasa akhirnya merobohkan sebuah restoran popular di sini malam tadi, 2 tahun selepas ia gagal dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd