• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Halimey Menang Di Seri Setia Dengan Majoriti 4,027 Undi

oleh
08/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Calon anak tempatan Halimey Abu Bakar daripada Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia apabila menewaskan calon PAS Dr Halimah Ali dengan majoriti 4,027 undi.

Halimey, 46, yang merupakan bekas Anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperoleh 13,725 undi manakala Dr Halimah, 58, yang merupakan bekas anggota Exco kerajaan negeri Selangor mendapat 9,698 undi.

Halimey bagaimanapun memperoleh majoriti lebih rendah berbanding majoriti undi 19,372 yang dimenangi bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Allahyarham Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Azizi Mohd Zain pada pukul 9 malam di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Sivik MBPJ di sini.

PRK DUN Seri Setia diadakan serentak dengan PRK DUN Balakong dan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu Shaharuddin akibat kanser usus pada 2 Ogos lepas.

Pada PRU14, Shaharuddin yang mewakili PKR, memenangi kerusi DUN itu dengan memperoleh 29,250 undi apabila menewaskan calon BN Datuk Yusoff HM Haniff (9,878), calon PAS Mohd Ghazali Daud (4,563) dan calon Bebas Dr S. Vignes (217).

Mohd Azizi ketika pengumumannya berkata peratusan keluar mengundi pada hari ini adalah 44.1 peratus dan jumlah kertas undi yang ditolak adalah 164.

“Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa Halimey Abu Bakar daripada Pakatan Harapan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi bahagian pilihan raya N32 Seri Setia,” katanya.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi hari ini adalah 23,423 orang daripada 53,492 pengundi berdaftar dalam kawasan DUN Sungai Kandis. – BERNAMA

Tags: Halimey Abu BakarPRK Seri Setia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakatan Harapan Menang PRK Balakong

Next Post

Bersatu Boleh Tumbang Jika Tidak Guna Kuasa Dengan Betul

Related Posts

PRK Dun Seri Setia, Tanda Rakyat Mahu Pembangkang Bersatu

09/09/2018
0

SHAH ALAM - Kejayaan PAS dalam menambah lebih100 peratus undinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri...

Nik Abduh Ucap Tahniah Pada Jentera PAS, UMNO

09/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Tahniah kepada seluruh jentera PAS, UMNO, MIC dan MCA serta semua yang membantu calon PAS dalam Pilihan...

Next Post

Bersatu Boleh Tumbang Jika Tidak Guna Kuasa Dengan Betul

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd