• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Hadapi 48 Tuduhan Pecah Amanah

oleh Cj Mnh
04/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 48 pertuduhan pecah amanah dan memalsukan dokumen berhubung Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin 2013 berjumlah RM11,550, lima tahun lalu.

Tertuduh, Romzi Zahari, 46, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim S.Indra Nehru.

Mengikut 24 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, Romzi yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Penempatan Semula(RPS) Kemar, Gerik, didakwa pecah amanah dengan mengambil wang tunai antara RM450 hingga RM600 daripada RM349,650 keseluruhan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin sekolah itu yang sepatutnya diserahkan kepada 24 murid untuk kegunaan sendiri.

Bagi kesalahan tersebut, bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Romzi turut didakwa bagi 24 pertuduhan lain iaitu memalsukan dokumen yang merupakan Borang Akuan Penerimaan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin bagi tahun 2013 ke atas murid terbabit dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan bagi tujuan menipu.

Pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan tersebut dilakukan lelaki terbabit di pejabat SK RPS Kemar, Gerik antara Julai dan September 2013.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya, Nurul Wahida Jalaluddin dan R.Kumuthambal manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Anuar Musa dan T.Ellanggovan.

Indera Nehru membenarkan jaminan sebanyak RM24,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin yang merupakan ahli keluarga terdekat dan menetapkan 4 Oktoberini sebagai tarikh sebutan untuk pengurusan kes. – UTUSAN ONLINE

Tags: Gurupecah amanah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

iGuru Desak Siasatan Rapi Dakwaan Guru Terbabit Aktiviti Songsang

30/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ikatan Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa satu siasatan rapi dijalankan bagi mengesahkan perlakuan sumbang membabitkan beberapa guru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd