• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Goh Tamat Kemarau Emas 18 Tahun Melaka Di Kolam Renang

oleh
19/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Atlet pelapis kebangsaan, Goh Chia Tong menamatkan kemarau 18 tahun pingat emas skuad renang Melaka pada Sukan Malaysia (SUKMA) menerusi acara 200 meter (m) kuak lentang wanita pada edisi ke-19 Perak di Pusat Akuatik Tuanku Zara, hari ini.

Kali terakhir skuad renang Melaka memenangi pingat emas pada SUKMA 2000 menerusi Abdul Hafiz Salleh menerusi acara 200m kuak dada lelaki.

Goh melakukan catatan masa terpantas, dua minit 25.53 saat (s) menewaskan ​​​​​​perenang Selangor, Rosalind Pang dengan catatan masa 2:25.63s yang meraih pingat perak manakala perenang Johor, Ong Yong Qi meraih gangsa dengan catatan 2:28.32s.

Bagaimanapun catatan masa yang dilakukan perenang berusia 15 tahun itu tidak dapat mengatasi catatan masa peribadi terbaik 2:23.00s yang dilakukan pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia, Mei lalu.

Goh ketika ditemui berkata beliau terkejut apabila mengetahui pencapaiannya itu menamatkan penantian kontinjen Melaka dalam meraih pingat emas dalam acara renang.

“Saya memang mahu menang emas dalam acara ini, tapi tidak sangka menamatkan kemarau 18 tahun emas buat Melaka. Tahun 2000, saya belum lahir.

“Kejayaan ini pasti bermakna buat Melaka dan menambahkan semangat saya untuk meraih satu lagi emas selepas ini,” katanya kepada pemberita.

Goh berkata kejayaan itu juga menebus kekecewaannya yang meraih pingat gangsa di Sarawak dua tahun lalu dan tiada sebarang pingat dicapai pada penampilan pertamanya di SUKMA Perlis 2014. – BERNAMA

Tags: SUKMA 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Kekal Rekod Bersih Ujian Doping Sukma Perak

03/10/2018
0

JOHOR BAHRU - Johor mengekalkan rekod bersih apabila kesemua atlet yang mewakili negeri pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-19 di Perak,...

Perak Lakar Kejuaraan Hatrik Bola Sepak SUKMA

19/09/2018
0

IPOH - Perak melakar kejuaraan hatrik acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) selepas mengalahkan Kedah 2-1 pada perlawanan akhir temasya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd