• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa 7.7 Skala Richter Cetus Tsunami Di Sulawesi

oleh
29/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 Skala Richter di Sulawesi, Indonesia turut mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu petang tadi.

Berdasarkan video daripada Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, tsunami setinggi tiga meter itu berlaku 5.27 petang waktu Indonesia Timur, kira-kira 22 minit selepas gempa kuat itu menggoncang wilayah Kota Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.

Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Dwikorita Karnawati berkata gempa bumi itu menyebabkan berlaku tsunami pada ketinggian lebih dari 50 centimeter hingga maksimum tiga meter.

“Setakat 8 malam ini, BMKG mencatatkan sebanyak 22 kali gempa susulan dengan kekuatan antara 2.9 hingga 6.3 Skala Richter selepas gempa kuat 7.7 Skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala jam 5.02 petang tadi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan malam ini berkata setakat ini enam dilaporkan terkorban akibat gempa dan kejadian tsunami itu.

“Pasukan penyelamat sedang memindahkan penduduk terbabit ke kawasan selamat.

“Berlaku banyak kemusnahan bangunan dan kediaman yang jumlahnya belum dapat dipastikan,” katanya.

Jaringan telekomunikasi di Kota Palu juga kini dilaporkan terputus berikutan banyak menara telekomunikasi terjejas teruk akibat gempa kuat itu, katanya.

Sementara itu jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa dalam gempa itu.

“Pihak kedutaan memantau perkembangan terkini, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan maklumat terkini,” kata jurucakap itu. – BERNAMA

Tags: gempa bumiTsunami
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd