• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelar Orang Kenya Monyet, Rakyat China Dihalau

oleh Haris
07/09/2018
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki dari China akan dihantar pulang selepas video dia membuat kenyataan bersifat perkauman tersebar, kata jabatan imigresen Kenya.

Lelaki itu, dikenali sebagai Liu Jiaqi dirakam menggelar orang Kenya, termasuk Presiden Uhuru Kenyatta sebagai “monyet”.

Pihak berkuasa Kenya telah membatalkan permit kerjanya dan akan dihantar pulang atas sebab “bersikap perkauman”.

Seorang pekerja merakam Liu yang bekerja sebagai peniaga motorsikal bercakap yang beliau tidak suka orang Kenya kerana mereka “berbau busuk dan (penduduknya miskin, bodoh dan hitam.”

Apabila seorang pekerja bertanya padanya kenapa dia berada di negara itu, Liu menjawab dia datang hanya untuk berniaga.

Polis menahannya beberapa jam selepas video tersebut tersebar melalui internet pada 5 September.

Bagaimanapun, masih tidak jelas peruntukan undang-undang yang membolehkan seseorang warga asing dihantar pulang kerana bersikap rasis.

Wartawan BBC di Kenya berkata pihak imigresen negara itu sedang memproses penghantaran pulang itu, bermakna mungkin ada tuduhan yang akan dikenakan.

Dalam pada 2015, seorang pemilik restoran di Nairobi ditahan ekoran kemarahan orang ramai kerana restoran itu didakwa mengharamkan pelanggan berbangsa Afrika pada waktu malam.

Peniaga itu didakwa beroperasi tanpa lesen minuman keras dan gagal mematuhi standard kesihatan awam.

China telah melabur jutaan dolar di Kenya kebelakangan ini, termasuk membina jalan keretapi baharu menghubungkan ibu negara, Nairobi dengan pantai.

Presiden Kenyatta sebelum ini berada di Beijing untuk menghadiri sidang kemuncak kerjasama China-Afrika.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata “Kenya menghargai komitmen ditunjulkan China dalam menyokong sasaran pembangunan Kenya.” – BBC

Tags: ChinaKenya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd