• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis 19 Tahun 8 Jam Dirogol 12 Lelaki, Termasuk Tentera

oleh Cj Mnh
18/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG gadis berusia 19 tahun tidak boleh bercakap selepas diberikan dadah, diculik dan diperkosa oleh sekumpulan lelaki di utara India.

Remaja itu sedang dalam perjalanan ke kursus persiapan peperiksaan di Mahendragarh ketika dia diculik di perhentian bas sekitar jam 8 pagi pada Rabu lalu.

Gadis itu dipercayai mengenali dua suspek tersebut, jadi dia mengambil air yang diberikan oleh mereka.

Dia kemudian dibawa ke sebuah rumah yang terletak kira-kira 40km dari perhentian bas, di mana beberapa lelaki lain tiba.

Kumpulan itu, dipercayai seramai 12 orang kemudian mengambil giliran untuk merogolnya selama lapan jam, menurut The Times of India.

Dia akhirnya dibawa kembali ke perhentian bas dengan salah seorang daripada lelaki dari kumpulan terbabit menelefon keluarganya menyuruh mereka mengambilnya dengan alasan gadis itu tidak sihat.

Mangsa dibawa ke sebuah hospital di mana dia dirawat kerana kecederaan di belakang, bahu dan alat kelamin.

Ibunya memberitahu akhbar itu: “Dia mengalami kesakitan teruk di kerongkongnya dan tidak dapat bercakap atau menelan apa-apa. Mereka mungkin memegangnya bahagian tekaknya yang menyebabkan kesakitan ini.”

Pegawai polis Ashwini Kumar berkata mangsa berada dalam keadaan stabil. Katanya pihak polis mengetahui identiti suspek, yang telah mematikan telefon bimbit mereka dan mengelak daripada ditangkap.

Polis juga telah mengeluarkan gambar tiga daripada mereka dalam usaha menjejaki suspek. Ketiga-tiga mereka telah dikenal pasti sebagai Pankaj, yang berkhidmat dalam tentera selain Nishu dan Manish. Setakat ini masih tiada penangkapan dibuat.

Lt Gen Cherish Mathson memberitahu NDTV: “Jika anggota tentera terlibat dalam jenayah, kami akan memastikan bahawa orang itu ditangkap dan dihukum. Kami tidak melindungi penjenayah.”

India sering dikaitkan dengan banyak kes serangan seksual sejak 2012, termasuklah seorang gadis dirogol beramai-ramai di dalam sebuah bas yang sedang bergerak di New Delhi.

Walaupun kerajaan telah meluluskan satu siri undang-undang yang meningkatkan hukuman rogol orang dewasa hingga 20 tahun penjara, jarang berlaku keadaan di mana tiada serangan seksual dilaporkan dalam tempoh lebih dari beberapa minggu. – Mstar

Tags: dadahdirogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd