• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Frasa “Saya Yg Menjalankan Amanah” Ganti “Saya Yg Menurut Perintah”

oleh Cj Mnh
20/09/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju frasa “saya yang menurut perintah” yang digunakan dalam surat rasmi Kerajaan digantikan dengan frasa “saya yang menjalankan amanah” berkuat kuasa hari ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Borhan Dolah berkata langkah itu sejajar dengan hasrat Kerajaan supaya setiap penjawat awam dapat menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya.

“Dalam konteks ini, amanah bermaksud rela dan berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan.

“Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Oleh itu, Borhan berkata sifat amanah merupakan nilai asas yang perlu ada pada setiap penjawat awam dalam menjalankan tugas agar setiap kerja atau perkhidmatan yang dihasilkan bermutu tinggi.

Borhan berkata penggantian frasa itu hanya melibatkan pindaan perenggan 6.4(g), Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007.

Sebelum ini, pekeliling itu menyatakan bahawa setiap surat hendaklah diakhiri dengan perkataan “saya yang menurut perintah” di sudut sebelah kiri bawah sebelum tandatangan pegawai yang berkenaan.

Cadangan supaya frasa tersebut ditukar, disuarakan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sesi Town Hall bersama pegawai tadbir dan diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 15 Ogos lepas. – BERNAMA

Tags: FrasaKetua Pengarah Perkhidmatan Awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Curi, Pajak Cincin Emas Ibu

Next Post

Kerjasama UMNO, Pas Bukan Punca Tok Pa Keluar Parti

Related Posts

JPM Nafi Siasat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

JPM Nafi Siasat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

26/07/2023
0

PETALING JAYA : Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan bahawa kenyataan media ‘Siasatan Ke Atas Datuk Dr. Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah...

Next Post

Kerjasama UMNO, Pas Bukan Punca Tok Pa Keluar Parti

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd