• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Tembak Mati 2 Ejen Culik Untuk Wang Tebusan

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNAK – Pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menembak mati dua lelaki dipercayai ejen jenayah penculikan untuk wang tebusan (KFR) dalam kejadian berdekatan perairan Pulau Boheyan dekat sini malam tadi.

Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali berkata kedua-duanya yang disyaki pendatang tanpa izin berumur lingkungan 50-an, ditembak mati ketika cuba melarikan diri dengan menaiki sebuah bot pam dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Air Kunak Tiga pada kira-kira 10.30 malam.

“Semasa Operasi Gasak Khas Esscom dijalankan, bot dinaiki suspek cuba meloloskan diri namun pasukan diketuai ACP Mohd Nasaruddin M Nasir bertindak mengejar bot suspek kira-kira 30 minit dan berlaku berbalas tembakan

“Mula-mula lampu biru bot polis dinyalakan sebagai memberi amaran kepada suspek supaya berhenti tetapi suspek melepaskan tembakan ke arah bot pasukan polis dan polis membalas tembakan sebelum memintas bot suspek di Pulau Boheyan dan menembak ke arah suspek,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Hazani berkata pemeriksaan ke atas bot itu menemukan dua lelaki terbaring dengan kesan tembakan pada badan.

“Polis turut menemui sepucuk pistol jenis revolver .22, tujuh butir peluru hidup jenis .22, satu pucuk pistol jenis revolver .38, satu butir peluru hidup dan lima kelongsong .38 serta sebilah pedang samurai,” katanya.

Hazani berkata dalam operasi itu pihaknya turut merampas sebuah bot pam berwarna putih di Kampung Air Kunak Tiga yang disyaki terbabit dalam penculikan dua nelayan Indonesia pada 11 Sept lalu di Pulau Gaya, Semporna.

“Siasatan lanjut ke atas bot tertera nama Ainigel dikenal pasti terlibat dalam kes penculikan terbaharu berdasarkan deskripsi mangsa yang selamat.

“Bot ini dipercayai terlibat membuat tinjauan awal di kawasan laut Kunak dan Semporna sebelum berlaku penculikan nelayan dari Kapal Dwijaya,” katanya.

Menurutnya seramai 18 individu ditahan serta 16 bot pam dirampas dalam serbuan yang dilaksanakan bersama Polis Kontinjen Sabah itu.

Dalam pada itu, Hazani bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri supaya semua bot pam didaftarkan dan diberi warna mengikut zon bagi memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti asal bot pam terbabit semasa pemeriksaan keselamatan.

“Misalnya kita tahu bot kuning untuk Kunak, biru untuk Kudat dan ada nombor tertentu pasukan keselamatan, Jabatan Laut dan Pelabuhan Dermaga,” katanya menambah langkah itu akan memudahkan pasukan keselamatan mengenal pasti bot pam dari negara jiran. – BERNAMA

Tags: Esscomkes culik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kontraktor Rugi RM8,800 Ditipu Baiki Dewan Makan Sekolah

Next Post

Hubungan Azmin-Rafizi Tetap Mesra

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

Next Post

Hubungan Azmin-Rafizi Tetap Mesra

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd