• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Esscom Ambil Keterangan Pelakon, Penerbit Paskal

oleh Cj Mnh
25/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah mengambil keterangan pelakon utama, Hairul Azreen dan penerbit filem Paskal, bagi menyiasat dakwaan hampir diculik ketika menjalankan penggambaran filem tersebut, Ogos lalu.

Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, keterangan kedua-dua individu terbabit dirakam pada Rabu lalu dan proses siasatan masih dijalankan.

“Kita telah ambil keterangan mereka dan siasatan masih dijalankan. Setakat ini, tiada tindakan dikenakan terhadap mana-mana pihak kerana kes masih dalam siasatan pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pelakon tersebut seperti dilaporkan media baru-baru ini mendakwa dia hampir diculik lanun ketika penggambaran filem Paskal di pangkalan hadapan Tun Sharifah Roziah, Semporna baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang kejadian tidak diingini terjadi dan proses penggambaran juga berjalan dengan lancar.

Pihak berkuasa Esscom menafikan dakwaan pelakon terbabit dengan menyifatkan sebagai mengelirukan, mengundang persepsi negatif dan hanya gimik promosi untuk menarik publisiti murahan daripada masyarakat. – UTUSAN ONLINE

Tags: EsscomFilem Paskal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd