• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dulu Tun Itu. Sekarang Pun Tun Itulah”

oleh Ahmad Albab
15/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – “Dulu Tun itu. Sekarang pun Tun itulah. DAP pun, sejak duduk bawah Tun, dah terikut perangai Tun. Elok agaknya berperangai begitu untuk disesuaikan dengan DAP yang dah kaya raya dan berkuasa besar itu”

Itu sindiran Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz keatas Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sekutunya parti DAP kerana mengutuk Kelantan sebagai negeri miskin.

Beliau yang juga anak bekas Murysidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sejak dulu Mahathir menyerang Kelantan daripada sudut ‘miskin’ dan kini DAP menjadi sebahagian daripada Mahathir.

“Ia sama saja, sepertilah kisah orang miskin yang ada banyak kelebihan. Dia enggan tunduk kepada kehendak jengkel dan sombong orang kaya. Anda tahu, sekental mana pun orang miskin itu, orang kaya tetap ada satu senjata yang tak pernah ada pada orang miskin. “Aku kaya, aku betul. Kau miskin, kau salah.”

“Hakikat di dalam al Quran, ia bukan hanya cerita Kelantan yang ‘miskin’ itu. Bahkan ia adalah cerita sejarah hidup manusia. Ia kisah para nabi dan para pengikutnya yang sering dipinggir daripada kehidupan mewah orang-orang kaya dan berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Nik Mohamad Abduh mengingatkan, antara akhlak seseorang insan dan tamadun mereka adalah nemuliakan orang miskin dan tidak pernah menjadikannya senjata untuk menolak segala kelebihan yang ada pada orang-orang miskin.

Kata beliau, jika sebaliknya berlaku, maka itu pula adalah tanda runtuhnya akhlak insan dan tamadun mereka.

Beliau seterusnya menegaskan, walaupun Mahathir dan DAP mendakwa Kelantan miskin, tetapi rakyat Kelantan kekal istiqamah memilih PAS kerana jiwa mereka kaya dengan kelebihan dan kemuliaan diri.

“Apa Tun tidak kaya jiwa? Saya jawab, tak tahulah. Yang saya tahu, orang yang kaya jiwa tidak akan sama sekali menjadikan kemiskinan orang lain sebagai senjata membina dan memanjat diri sendiri.

“Itu hanya akhlak milik penentang para nabi sejak zaman berzaman,” sindirnya lagi. – MYNEWSHUB.TV

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Nik Abduh Nik AzizTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerjasama PAS, UMNO Rahmatan Lil ‘Alamin Yang Sebenar

Next Post

Sentiasa Ada Polemik Jika Umat Islam Mahu Bersatu

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

Next Post

Sentiasa Ada Polemik Jika Umat Islam Mahu Bersatu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd