• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Gimnas Kebangsaan Berkongsi Pingat Emas

oleh
18/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Dua gimnas kebangsaan, Siti Nur Bahirah Husniah Ahmad dan Greanie Ng berkongsi pingat emas dalam acara keseluruhan individu wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak di Stadium Indera Mulia.

Siti Nur Bahirah dari Pahang dan Greanie dari Wilayah Persekutuan mengutip jumlah mata tertinggi iaitu 46.850 mata manakala pingat gangsa diraih oleh Audrey Jude Rendih Alexander dengan 45.600 mata.

Siti Nur Bahirah, 20, berkata kemenangan itu merupakan pencapaian paling cemerlang sepanjang penyertaannya dalam temasya SUKMA sejak 2008 di Terengganu.

“Saya sangat gembira pada penampilan terakhir SUKMA, saya berjaya meraih pingat emas. Sebenarnya prestasi saya tidak begitu bagus. Ini kali pertama saya meraih pingat emas di SUKMA.

“Acara senaman lantai dan melombol banyak membantu menaikkan markah hari ini. Saya hanya berlatih di gimnasium di Bukit Jalil sahaja. Sebelum ini saya terpaksa berehat setahun kerana mengalami kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Siti Nur Bahirah merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura 2015 dalam acara berpasukan.

Sementara itu Greanie berkata kemenangan itu menebus kekecewaan pada SUKMA Sarawak dua tahun lalu yang menyaksikan beliau meraih pingat gangsa dalam acara yang sama.

Atlet berusia 16 tahun itu berkata beliau berpuas hati dengan persembahannya dalam keempat-empat disiplin iaitu melombol, senaman lantai, palang bertingkat dan titian imbangan namun mengakui masih banyak perlu dibaiki.

“Saya gembira dapat kongsi pingat emas dengan rakan sepasukan. Beliau juga gimnas yang hebat dan senior saya. Saya tidak jangka dapat menang sebab gimnas lain terutamanya Siti Nur Bahirah lebih berpengalaman di sini,” katanya. – BERNAMA

Tags: gimnas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saingan 100M Lelaki Tanpa Kelibat Badrul Hisyam

Next Post

Kembalikan Status Sekutu Sabah, Sarawak Bukan Janji Kosong

Related Posts

Lagi Kejutan Gimnas Malaysia Di Kejohanan Asia

02/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Skuad gimnastik berirama senior negara mencipta satu lagi kejutan apabila memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama...

Rayna Cipta Kejutan Raih Gangsa Pada Kejohanan Asia

02/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Gimnas remaja Malaysia, Rayna Hoh Khai Ling mencipta kejutan apabila meraih pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama...

Next Post

Kembalikan Status Sekutu Sabah, Sarawak Bukan Janji Kosong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd