• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Mahathir Akui Pemimpin UMNO Bertemunya

oleh Ahmad Albab
21/09/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat pemimpin UMNO yang bertemu dengan beliau baru-baru ini.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bagaimanapun berkata sesiapa sahaja boleh bertemu dengannya dan pemimpin UMNO juga bebas bertemu sesiapa saja.

“Mereka datang berjumpa saya, saya berjumpa semua orang. Selepas berjumpa dengan saya, mereka berjumpa PAS pula.

“Kami bebas… bukan seperti sebelum ini. Dulu, jika kamu berjumpa orang yang salah, pegawai cukai pendapatan (Lembaga Hasil Dalam Negeri) akan cari kamu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Siri 4 2018 di Perdana Putra, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat perbincangan untuk menarik pemimpin UMNO terutamanya Anggota Parlimen untuk menyertai Bersatu.

Ditanya sama ada bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan hasrat menyertai Bersatu dalam pertemuan mereka baru-baru ini, Dr Mahathir berkata perkara itu tidak dibincangkan.

“Beliau datang untuk berjumpa, tiada apa-apa tentang menyertai Bersatu. Beliau ada perancangannya sendiri, lebih baik kamu tanya beliau,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Tun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengeluar Bir Nafi Dikaitkan Kes Keracunan Methanol

Next Post

Mangsa Maut Keracunan Alkohol Meningkat Kepada 22 Orang Di Selangor

Related Posts

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

Belum Ada Laporan Polis Terhadap Tun M – KPN

10/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis tidak menerima sebarang laporan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat

Dr Mahathir Mungkin Tidak Sertai RCI Batu Puteh

16/02/2024
0

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkemungkinan tidak akan menyertai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes...

Next Post

Mangsa Maut Keracunan Alkohol Meningkat Kepada 22 Orang Di Selangor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd