• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr M Kecam Layanan Myanmar Terhadap Rohingya

oleh
29/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak kerajaan Myanmar berikutan pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Rakhine.

“Saya percaya untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman sesebuah negara. Tetapi adakah dunia melihat pembunuhan beramai-ramai sedang dilakukan dan tidak berbuat apa-apa?

“Negara-negara adalah bebas. Tetapi adakah ini bermakna mereka mempunyai hak untuk membunuh beramai-ramai rakyat mereka sendiri, disebabkan mereka (negara yang) bebas,” katanya dalam pernyataan kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-73 di sini pada Jumaat.

Perdana Menteri berkata tindakan kerajaan Myanmar itu yang telah dinafikan Aung San Suu Kyi mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan rumah kediaman dan perpindahan penduduknya.

“Di Myanmar, umat Islam di negeri Rakhine sedang dibunuh, rumah mereka dibakar dan berjuta-juta pelarian terpaksa menyelamatkan diri, lemas di lautan yang luas, berteduh di pondok sementara, tanpa air atau makanan, tanpa sanitasi walau yang paling primitif sekalipun. Namun pihak berkuasa Myanmar termasuk Pemenang Hadiah Keamanan Nobel menafikan perkara ini berlaku, ” katanya.

Dr Mahathir turut membidas amalan dwistandard negara kaya dan berkuasa yang bercakap tentang kepentingan perdagangan bebas tetapi pada masa sama mengeksploitasi terma perdagangan di mana negara miskin tidak lagi bebas.

“Perdagangan bebas bermakna tiada lagi perlindungan oleh negara kecil terhadap industri muda mereka. Mereka mesti menggugurkan halangan tarif dan membuka negara mereka kepada serangan produk negara kaya dan berkuasa,” katanya.

Dr Mahathir berkata minyak sawit Malaysia berdepan boikot dan dilabelkan sebagai membahayakan kesihatan selain dituduh memusnahkan habitat haiwan manakala produk makanan keluaran negara kaya diisytiharkan sebagai bebas minyak sawit.

“Tetapi produk ringkas negara miskin tertakluk kepada sekatan pintar supaya ia tidak dapat menembusi pasaran negara kaya,” katanya.

Dalam nada sinis, Dr Mahathir berkata: “Golongan yang prihatin ini lupa bahawa boikot mereka itu menafikan beribu-ribu orang daripada memperoleh peluang pekerjaan dan menikmati hidup yang memuaskan”.

Perdana Menteri menafikan dakwaan itu dengan menyatakan kira-kira 48 peratus hutan Malaysia kekal sebagai hutan dara.

‘Meskipun globalisasi sememangnya membawa manfaat kepada kita, kesannya telah terbukti menjadi ancaman kepada kebebasan negara kecil.

”Malah kita tidak boleh bercakap atau bergerak ke sana sini tanpa suara atau pergerakan kita dirakamkan dan seringkali ia digunakan untuk menentang kita. Data mengenai setiap orang dirakamkan dan didagangkan oleh negara kuasa besar dan kumpulan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd