• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dr Hasnita Dilantik Pengerusi MARA

oleh
26/09/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pengerusi Maybank Asset Management Group, Dr Hasnita Hashim dilantik sebagai Pengerusi baharu Majlis Amanah Rakyat (MARA), berkuat kuasa 1 Okt ini.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Dr Hasnita yang kelulusan PhD dalam bidang Nuklear Fizik dari Oxford University mempunyai pengalaman 26 tahun dalam pengurusan kewangan global.

Selain itu, kenyataan itu berkata Dr Hasnita pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Guidance Investments, sebuah anak syarikat Guidance Financial Group.

“Beliau memulakan kariernya di Coopers & Lybrand Deloitte, London sebagai seorang aktuari. Beliau juga merupakan ahli Institute of Actuaries.

“Kini, beliau ialah Pengerusi Maybank Asset Management Group dan juga ahli lembaga pengarah Maybank Banking Berhad,” kata kenyataan itu.

Selain itu, Pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan pelantikan enam ahli majlis MARA yang baharu iaitu Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) Dr Nungsari Ahmad Radhi dan Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.

Ahli majlis MARA yang lain terdiri daripada Pengerusi Mayban Life Assurance Bhd, Datuk Syed Tamin Ansari Syed Mohamed; bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Bhd (AMB), Zakri Khir. – BERNAMA

Tags: MARA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

Mara Ambil Putri Qisya Sebagai Anak Angkat

08/07/2025
0

ALOR SETAR - Hasrat ibu yang ingin melihat anak sulungnya menjejakkan kaki ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bakal direalisasikan...

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

Senarai Hitam Peminjam MARA Yang Gagal Bayar Hanya Sementara

13/11/2024
0

Kuala Lumpur: Tindakan senarai hitam yang terpaksa diambil Majlis Amanah Rakyat (Mara) terhadap peminjam yang gagal membuat bayaran pinjaman di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd