• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Di PBB, Myanmar Ditekan Lagi Berhubung Isu Rohingya, Hukum Penjara Wartawan

oleh Haris
30/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEKANAN ke atas kerajaan Myanmar semakin meningkat di peringkat antarabangsa berhubung dasarnya terhadap Muslim Rohingya di negara itu.

Terbaharu, peguam hak asasi manusia Amal Clooney dalam ucapannya di PBB menggesa Aung San Suu Kyi supaya menggunakan pengaruhnya untuk membebaskan wartawan Reuters yang dihukum penjara atas kesalahan membocorkan rahsia negara.

“Ucapan saya hari ini bertujuan menyahut seruan Aung San Suu Kyi,” kata Clooney.

“Beliau tahu yang pembunuhan beramai-ramai bukan satu rahsia negara dan mendedahkannya tidak menjadikan seorang wartawan perisik,” katanya lagi.

Peguam terkenal itu meningkatkan lagi perhatian dunia terhadap kes kekejaman ke atas Rohingya di Myanmar, sekaligus menambah tekanan ke atas kerajaan Myanmar agar bertindak.

Clooney menggunakan ucapannya di program PBB di New York untuk menyampaikan rayuan kepada pemimpin de facto Myanmar itu agar mengampunkan Wa Lone, 32 tahun, dan Kyaw Soe Oo, 28, yang kini dipenjara di Myanmar kerana melaporkan kekejaman tentera kerajaan terhadap Rohingya.

Mereka dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana memiliki dokumen kerajaan berkaitan operasi ke atas Rohingya, lalu mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Suu Kyi awal bulan ini mempertahankan hukuman penjara itu dan menggesa masyarakat antarabangsa tidak campur tangan dalam hal itu, sambil menegaskan wartawan terbabit telah melanggar undang-undang.

Kerajaan Myanmar bukan sahaja dikait dengan kekejaman terhadap Rohingya dan etnik minoriti lain, tetapi juga usaha menyekat kebebasan media.

Clooney turut menyampaikan mesej peribadi kepada Suu Kyi, menyebut yang pemimpin Myanmar itu pernah menjadi idolanya semasa masih menuntut di Oxford.

Menurut peguam itu lagi, sebagai seorang yang pernah dipenjara dan disekat kebebasan oleh rejim pemerintah Myanmar, Suu Kyi tentu memahami apa yang dilalui dua orang wartawan terbabit.

Ucapan Clooney yang menyebut nama Suu Kyi dan disertai persembahan gambar-gambar wartawan terbabit dan rakaman kekejaman kerajaan Myanmar meneruskan momentum tekanan ke atas kerajaan Myanmar yang sebahagian besarnya melibatkan Amerika Syarikat kebelakangan ini.

Pada masa yang sama, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo meneruskan lagi kenyataan mendesak kerajaan Myanmar bertindak.

Pompeo “menggesa kerajaan Burma mengambil tindakan konkrit menyiasat pencabulan hak asasi manusia yang diperincikan dalam Laporan Dokumentasi AS dan Misi Pencarian Makumat PBB dan mempertanggungjawabkan anggota pasukan keselamatan dan pihak lain yang bertanggungjawab,” kata jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Sebelum itu, laporan PBB dan Jabatan Negara AS mendapati kerajaan Myanmar terlibat dalam kekejaman itu, dan bertanggungjawab kerana tidak menghalang pasukan keselamatan daripada melakukan kekejaman.

Dalam pertemuan yang diadakan pada masa sela Perhimpunan Agung PBB, Pompeo menggesa kerajaan Myanmar bertindak terhadap pemimpin-pemimpin tentera yang terlibat dalam kekejaman terhadap minoriti Rohingya.

Kenyataan Pompeo itu dibuat ekoran pertemuan dengan wakil kerajaan Myanmar, Kyaw Tint Swe, sehari selepas badan hak asasi PBB mencapai persetujuan untuk menubuhkan pasukan pengumpul maklumat berkaitan jenayah ke atas Rohingya dan pihak lain sejak 2011.

Maklumat tersebut dijangka boleh digunakan untuk mendakwa mereka yang terlibat. – Agensi/Mynewshub.tv

Tags: Amal ClooneyAung San Suu KyiEtnik RohingyaKerajaan Myanmar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Diceroboh Etnik Rohingnya

03/05/2022
0

ALOR SETAR : Isu kebanjiran etnik Rohingya tidak nampak jalan penyelesaian apabila perairan negara terus `diceroboh’ etnik beraal dari Myanmar...

Dua Dalang Rusuhan, Lolos Depot Imigresen Ditahan

22/04/2022
0

BANDAR BAHARU: Polis menahan dua daripada empat dalang yang dipercayai mencetuskan rusuhan sebelum tahanan etnik Rohingya meloloskan diri dari Depot...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd