• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Danyal Balagopal Nafi Terima RM25 Juta

oleh
28/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah menafikan dakwaan bahawa beliau menerima RM25 juta bagi mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson.

Danyal Balagopal akan mendapatkan khidmat nasihat undang-undang mengenai dakwaan itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang membuat tuduhan itu.

“Selain daripada tuduhan bahawa saya telah mengambil RM25 juta untuk peletakan jawatan, kini terdapat suatu artikel dalam sebuah portal berita berkenaan seorang ‘ex-bartender’ membayangkan saya seorang laksamana bersara yang korup dan perlu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Saya dikenali sebagai orang yang mudah memaafkan seseorang, bagaimanapun saya tidak boleh membenarkan seseorang mengambil kesempatan atas personaliti saya dan dengan sengaja memfitnah saya,” katanya dalam satu sidang media di Port Dickson, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Sebelum ini, terdapat laporan berita yang mendakwa kononnya Danyal Balagopal menerima RM25 juta bagi mengosongkan kerusi parlimen itu untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Beliau menjelaskan bahawa perletakan jawatannya adalah atas inisiatif sendiri tanpa desakan mana-mana pihak termasuk Anwar sendiri.

Danyal Balagopal mengosongkan Kerusi Parlimen Port Dickson pada 12 Sept lepas bagi membolehkan Anwar yang baru-baru ini, menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas, Danyal Balagopal memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahkan calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada PAS.

Pada PRK kali ini Anwar antara lain dijangka berdepan dengan calon PAS Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan personaliti media sosial Stevie Chan Keng Leong. – BERNAMA

Tags: PRK Port Dickson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ambulans Hospital Mukah Kemalangan Di Sibu

Next Post

Lokman Lancar Solidariti Baju Oren

Related Posts

Saman Pengundi PD Terhadap Anwar Ditolak

22/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman pemula difailkan seorang pengundi di Parlimen Port Dickson, Negeri...

PRK PD: Bersih Dakwa Anwar Buat 6 Kesalahan

26/10/2018
0

BONGKAR... Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa badan pemantau pilihan raya, Bersih, melakukan enam daripada 10 kesalahan semasa kempen Pilihan Raya...

Next Post

Lokman Lancar Solidariti Baju Oren

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd