• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Didesak Mengaku Tindas Etnik Uighur

oleh Ahmad Albab
25/09/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – China mesti bersikap jujur mengenai nasib sejuta etnik minoriti Islam yang ditangkap dalam operasi besar-besaran pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, kata kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International (AI) semalam.

Dalam laporan baharu yang turut menampilkan keterangan mereka yang pernah ditahan di kem-kem tersebut, AI berkata, Beijing melancarkan kempen penahanan beramai-ramai, pengintipan, indoktrinasi politik dan asimilasi budaya secara paksaan.

Menerusi kempen itu, etnik Uighur dan penduduk minoriti Islam lain dihukum kerana melanggar peraturan se­perti menyimpan janggut dan memakai purdah selain memiliki kitab suci al-Quran, tambahnya.

Sebuah panel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (AS) mengenai di­s­kriminasi melaporkan pada bulan lalu bahawa sehingga sejuta orang Islam ditahan di kem-kem tahanan, malah ramai ditangkap kerana melakukan kesalahan kecil seperti menghubungi anggota keluarga di luar negara dan berkongsi meraikan perayaan umat Islam di media sosial.

“Beratus-ratus ribu keluarga terpisah akibat operasi besar-besaran ini,” kata pengarah AI untuk Asia Timur, Nicholas Bequelin dalam satu kenyataan.

“Mereka terdesak untuk mengetahui apa yang berlaku kepada orang yang mereka sayang dan tiba masanya untuk pihak berkuasa (China) memberikan jawapan kepada mereka,” tambahnya.

Beijing menafikan laporan mengenai kem tahanan tersebut tetapi bukti semakin menimbun dalam bentuk dokumen pemerintah dan keterangan mereka yang berjaya melepaskan diri.

Laporan itu membayangkan bahawa pihak berkuasa China sedang menahan orang awam di rangkaian kem tahanan politik dan budaya dalam skala besar yang tidak pernah dilihat sejak era pemerintahan pemimpin komunis, Mao Zedong.

Beijing meningkatkan sekatan ter­hadap etnik minoriti Islam untuk memerangi apa yang disifatkannya sebagai fahaman Islam ekstrem di wilayah Xinjiang.

Bagaimanapun, penduduk beragama Kristian turut dijadikan sasaran operasi besar-besaran itu dengan sebuah gereja utama ditutup oleh pihak berkuasa awal bulan ini. – AFP/BH ONLINE

Tags: ChinaEtnik Uighur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd