• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon SJK Cina Dan Tamil Menduduki UPSR Hari Ini

oleh Ahmad Albab
20/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 98,462 calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan SJK Tamil (SJKT) mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2018 di seluruh negara hari ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.

Beliau berkata jumlah itu merupakan sebahagian daripada keseluruhan 440,743 calon yang akan menduduki UPSR minggu depan, dari 24 September (Isnin) ini hingga 27 September (Khamis).

“Saya berharap mereka dapat mencapai keputusan cemerlang dan apa yang lebih penting calon diingatkan bertenang agar dapat menjawab soalan dengan lancar,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke SJKC Balakong di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu ditanya mengenai sekiranya berlaku kebocoran kertas soalan UPSR, Teo berkata kementerian tidak akan berkompromi dan akan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan menyiasat perkara itu sekiranya benar berlaku.

“Tapi, setakat ini memang tidak ada laporan kertas soalan UPSR bocor,” katanya.

Pada tahun ini, 8,100 pusat peperiksaan dibuka melibatkan 54,253 petugas peperiksaan bagi memastikan kelancarannya. – BERNAMA

Tags: Calon UPSRSJKCSJKT
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar US Pada Pembukaan

Next Post

13,000 Anggota JBPM Siap Siaga Hadapi Banjir

Related Posts

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

PM Umum Tambahan RM30 Juta Untuk SJKT

10/06/2023
0

Shah Alam : Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta, bagi tujuan membiayai kerja-kerja membaikpulih...

JKNJ Nafi Arah SJKC Tutup Kelas Susulan COVID-19

13/02/2020
0

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Johor (JKNJ) menafikan pihaknya mengarah sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), di sini, menutup sebuah...

Next Post

13,000 Anggota JBPM Siap Siaga Hadapi Banjir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd