• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunuh Kucing: Permaisuri Selangor Zahir Rasa Sedih

oleh Ahmad Albab
15/09/2018
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa dukacita berhubung kes penganiayaan secara kejam terhadap seekor kucing di Gombak, baru-baru ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan di laman Facebook Pejabat Sultan Selangor semalam baginda bertitah, turut terkejut dengan perbuatan tersebut.

“Saya terkejut dan sedih dengan perbuatan menzalimi haiwan yang kian berleluasa. Sifat kemanusiaan seolah-olah hilang dalam diri pelaku sehingga sanggup menganiaya haiwan yang sarat mengandung,” katanya.

Baginda yang juga Penaung Diraja Kempen Stray Free Selangor (SFS) secara rasmi sudah menghantar surat kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia meminta pelaku dikenakan tindakan sewajarnya jika terbukti bersalah.

Dalam surat itu baginda menyatakan perbuatan terbabit turut mengundang kesedihan pencinta haiwan yang lain.

“Saya minta Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan pihak berwajib kenakan tindakan sewajarnya kepada pelaku yang terbukti bersalah supaya perbuatan seumpama ini tidak berulang.

“Saya menyokong usaha setiap individu yang dapat kemukakan bukti penganiayaan terhadap haiwan kepada pihak berkuasa supaya tindakan lanjut dapat dilakukan segera,” katanya seperti ditulis dalam kandungan surat tersebut.

Dalam pada itu, baginda turut bertitah masyarakat harus peka bahawa haiwan mempunyai hak dan dilindungi di bawah undang-undang malah penderaan dan penganiayaan terhadap haiwan khususnya haiwan peliharaan tidak harus berlaku sewenang-wenangnya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan dua lelaki bertindak mendera kucing hingga mati dalam mesin pengering di kedai dobi Gombak Ria, dalam kejadian Selasa lalu.

Polis kemudian memaklumkan dua suspek dipercayai terlibat dengan kes itu ditahan awal pagi semalam.

Di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa mereka yang membunuh, meracun atau mencederakan binatang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda atau kedua-duanya. – mStar Online

Tags: bunuh kucingTengku Permaisuri Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

19/09/2025
0

SHAH ALAM: Istana Selangor membuat laporan polis terhadap akaun palsu di TikTok yang menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri...

Sultan Selangor, Permaisuri Berangkat Tunai Haji

Sultan Selangor, Permaisuri Berangkat Tunai Haji

20/06/2023
0

SEPANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji bermula hari ini hingga 4...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd